Home Mobile Android Realme X3 SuperZoom akan dilancarkan di Malaysia 28 Mei ini

Realme X3 SuperZoom akan dilancarkan di Malaysia 28 Mei ini

106
0

Tidak lama selepas pelancaran Realme 6 Pro, Realme Malaysia bakal melancarkan sebuah lagi telefon pintar penghujung Mei ini. Telefon pintar yang dimaksudkan adalah Realme X3 SuperZoom.

Sungguhpun telefon pintar ini masih lagi belum didedahkan sebelum ini, beberapa maklumat mengenainya telah dikongsikan oleh Realme. Antara yang dikongsikan adalah penggunaan cipset Qualcomm Snapdragon 855+ dan paparan 120Hz. Serta kuad-kamera dengan sebuah lensa 64MP dan juga sebuah kamera telefoto berperiskop yang berkeupayaan pengezuman 60x.

Maklumat awal mendapati telefon pintar ini dijangka akan dilengkapkan dengan paparan IPS 6.6-inci, RAM 12GB dan bateri 4,200mAh. Selain dari itu, penderia kamera 64MP Realme X3 SuperZoom datangnya dari Samsung. Manakala dwi-kamera swafotonya pula menampilkan sebuah lensa 32MP Sony IMX616 dan sebuah lagi lensa 8MP bersudut ultra-lebar.

Ketika Realme X2 Pro dilancarkan di Malaysia pada Disember 2019 yang lalu, telefon berkenaan yang juga menggunakan cipset Snapdragon 855+ berharga RM 2,399. Oleh itu, agak menarik untuk diperhatikan berapakah harga untuk model keluaran tahun 2020 ini memandangkan ianya menggunakan cipset yang sama.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.