Utama Telco Maxis 6 Syarikat Telekomunikasi Tempatan setuju mengambil Pegangan DNB; Perincian akan dimuktamadkan sebelum...

6 Syarikat Telekomunikasi Tempatan setuju mengambil Pegangan DNB; Perincian akan dimuktamadkan sebelum 31 Ogos

326
0
Sim Card 5G Malaysia

Keenam-enam syarikat telekomunikasi utama di Malaysia telah dilaporkan bersetuju untuk mengambil pegangan-pegangan di dalam Digital Nasional Berhad (DNB). Perincian mengenainya akan dimuktamadkan sebelum 31 Ogos ini.

Akhbar Malay Mail turut melaporkan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz memaklumkan kini terdapat beberapa syarikat telekomunikasi luar negara yang menyatakan minat untuk mendapatkan akses ke pasaran Malaysia.

Bagaimanapun, beliau menegaskan keutamaan tetap diberikan kepada syarikat-syarikat tempatan untuk menjadi pemain utama kerana pelaburan besar yang telah dilakukan oleh mereka.

Enam syarikat telekomunikasi utama di Malaysia telah ditawarkan pegangan di dalam DNB sebanyak 70% dan dibahagikan secara sama rata di antara kesemuanya. Baki selebihnya 30% lagi akan dipegang oleh Kementerian Kewangan.

Kos pemilikan bagi setiap syarikat telekomunikasi setakat ini masih lagi belum dinyatakan. Dianggarkan setiap syarikat akan membayar sekitar RM200 juta bagi pegangan 11.7% di dalam DNB. Anggaran ini dibuat berdasarkan suntikan dana sebanyak RM500 juta dari Kementerian Kewangan untuk pegangan 30% miliknya.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.