Utama Mobile Telco 40 lokasi di Melaka di jangka terima liputan rangkaian 5G bulan depan

40 lokasi di Melaka di jangka terima liputan rangkaian 5G bulan depan

508
0
Rangkaian-5G-di-Melaka

Sejumlah 40 lokasi di sekitar Ayer Keroh dan Bandar Melaka dijangka akan menerima liputan rangkaian 5G menjelang penghujung September nanti. Ia merupakan sebahagian dari 133 lokasi yang disasarkan akan menerima fasa pertama perkhidmatan rangkaian 5G di Melaka.

Exco Pendidikan dan Teknologi Melaka Datuk Rais Yasin menyebut pelaksanaan rangkaian 5G oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) menerusi Digital Nasional Berhad (DNB) akan diperluaskan melalui penggunaan perabot jalan seperti tiang-tiang lampu.

“Melaka dikenal pasti antara negeri pertama mendapat liputan rangkaian 5G ini dan lokasi awal yang menerima perkhidmatan itu membabitkan kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi, perindustrian dan tumpuan pelancongan selain institusi pengajian tinggi.

“Justeru, pelbagai aplikasi pintar seperti Pemantauan Kecerdasan Buatan ( AI Surveillance), sensor Internet Benda (IOT sensor) untuk tujuan peningkatan keselamatan, pengangkutan dan sebagainya akan diintegrasikan menerusi infrastruktur tiang lampu pintar yang menempatkan rangkaian 5G itu,”

Untuk tujuan tersebut, kerajaan negeri juga telah membentuk sebuah badan jawatan kuasa bertindak di bawah Unit Perancangan Ekonomi Melaka (UPEN) bagi mempercepatkan proses kelulusan bagi pembinaan infrastruktur telekomunikasi di Melaka.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.