Utama Automotif Proton akan membawakan Kereta Elektrik Smart ke pasaran Malaysia pada 2023

Proton akan membawakan Kereta Elektrik Smart ke pasaran Malaysia pada 2023

546
0
Proton Jual Smart EV di Malaysia

Proton baru-baru ini telah memeterai satu perjanjian dengan syarikat automotif dari Jerman, Smart. Perjanjian hak pengedaran eksklusif ini akan membolehkan Proton menjual dan memberikan perkhidmatan kereta elektrik Smart di Malaysia dan Thailand pada suku keempat 2023.

Menurut Proton, usahasama ini diharap mampu menjadikan satu batu loncatan ke arah memperluaskan pasaran kenderaan elektrik di Malaysia yang masih lagi baru di Malaysia.

Proton juga berharap dapat menyesuaikan operasi jualannya dengan pasaran yang disasarkannya. Antaranya tumpuan khusus gaya hidup integrasi digital dengan kereta Smart yang turut menyertakan elemen moden seperti perancangan perjalanan dan keupayaan pengecasan.Proton CEO Li Chunrong Dato Sri Syed Faisal Albar

Berdasarkan laporan oleh The Star, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Roslan Abdullah menyatakan pihaknya telah membuat permohonan khas meminta pihak kerajaan melanjutkan duti eksais dan insentif cukai untuk kenderaan elektrik.

Ini bertujuan bagi membolehkan rakyat Malaysia menikmati kenderaan elektrik pada harga yang lebih berbaloi. Beliau juga mensasarkan sebanyak 800 hingga 1,000 unit kenderaan elektrik Smart akan dijual dalam setahun di Malaysia.Smart EV Chargin Cable Storage

Usahasama ini juga didorong oleh kecaknaan Proton dalam melestarikan alam sekitar. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton Dr Li Chunrong, langkah ke arah segmen pasaran ini juga membantu Proton ke arah lebih mesra alam dalam semua aspek operasinya bagi membantu Malaysia mencapai sasaran neutral karbon menjelang 2050.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.