Utama Android Honor HONOR bekerjasama dengan Enrich tawar akses ke Golden Lounge Malaysia Airlines dan...

HONOR bekerjasama dengan Enrich tawar akses ke Golden Lounge Malaysia Airlines dan banyak lagi kepada pembeli!

291
0
HONOR Magic Series Exclusive Reward KV

KUALA LUMPUR, 5 Mei 2023 – HONOR Malaysia telah mendedahkan perkembangan di sebalik tadbir teknologi canggih HONOR Magic5 Pro kepada peminatnya baru-baru ini. Pendedahan ini menandakan langkah ekstrem HONOR ke arah kemajuan teknologi dan populariti dalam kalangan peminat di seluruh dunia. 

Menerusi pelancaran Siri HONOR Magic, HONOR Malaysia bekerjasama dengan Enrich Malaysia Airlines untuk memberi 7,000 mata ganjaran Enrich kepada pembeli bertuah terpilih yang membeli HONOR Magic5, HONOR Magic5 Pro atau HONOR Magic Vs. 

HONOR mematuhi Piawaian Global Tertinggi untuk kualiti produk

HONOR telah melabur lebih USD20 juta untuk peralatan ujian kualiti di Pusat Ujian dan Patuh Global (GCTC) yang bertaraf antarabangsa. Kemudahan ujian yang begitu canggih membolehkan HONOR menjalankan ujian sendiri untuk mengesahkan lebih 200 piawaian ujian pensijilan termasuk pensijilan Conformité Européenne (CE) yang menerima pengiktirafan global.

Pelaburan tersebut membuktikan komitmen berterusan HONOR mematuhi piawaian global tertinggi untuk mengeluarkan peranti berkualiti, antaranya telefon pintar terbaharu Siri HONOR Magic. 

Pembeli yang membeli mana-mana satu Siri HONOR Magic boleh menggunakan 7,000 mata ganjaran Enrich yang diberikan untuk akses ke ruang istirehat premium Golden Lounge domestik, menebus tiket penerbangan domestik atau produk Erinch lain. 

Untuk menyertai kempen tersebut, pembeli hanya perlu menggunakan HONOR Magic5, HONOR Magic5 Pro atau HONOR Magic Vs untuk merakam momen-momen ‘magic’ atau membawa peranti ini bersama ketika melancong untuk merakam kembara anda. Seramai 320 pembeli bertuah akan dipilih sebagai pemenang. 

Berikut cara-cara penyertaan:

  • Pilih platform media sosial: Facebook atau Instagram
  • Rakam gambar atau video mengenai Siri HONOR Magic terbaharu (untuk HONOR Magic5, HONOR Magic5 Pro, dan HONOR Magic Vs sahaja). Kongsi apa yang anda suka tentang peranti tersebut di Facebook atau Instagram Feed dan tag 2 rakan.
  • Sertakan tanda pagar #HONORMagicSeriesEnrich (pastikan akaun anda dibuka untuk umum)

Apa anda tunggu lagi? Sertai kempen ini sebelum 31 Mei 2023 untuk menikmati pengalaman ‘magic’ HONOR dan mata ganjaran Enrich! Untuk maklumat lanjut sila layari https://bit.ly/HONORXEnrich 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.