Utama Apple Permintaan iPhone 14 Plus rendah berbanding Mini, 14 Pro Max lebih tinggi...

Permintaan iPhone 14 Plus rendah berbanding Mini, 14 Pro Max lebih tinggi dari 13 Pro Max -Kuo

351
0

Penganalisis Ming-Chi Kuo dari TF Securities telah menerbitkan laporan awal pra-tempahan bagi Apple iPhone generasi terkini. Permintaan untuk iPhone 14 Pro Max telah melepasi permintaan 13 Pro Max pada tahun lepas dan diberikan penarafaan “baik”. Manakala iPhone 14 Pro pula menerima taraf “neutral” atau sama dengan permintaan 13 Pro. Dua model lagi menerima penarafan “teruk”.

Ini dilihat sebagai gambaran awal prestasi jualan Apple dengan model-model yang lebih tinggi akan membawa kepada nilai Harga Jualan Purata (Average Selling Price, ASP) yang lebih tinggi. Secara keseluruhannya, iPhone 14 dan iPhone 14 Plus menyumbang kepada 45% jumlah jualan siri iPhone 14.

Menariknya, berdasarkan data dari Ming-Chi Kuo, permintaan untuk model Plus baharu adalah lebih lemah berbanding iPhone 13 mini pada tahun lepas. Untuk makluman, iPhone 13 mini tidak ditawarkan pada tahun ini kerana permintaan yang rendah.iPhone 14 Malaysia Price

Jika permintaan bagi iPhone 14 dan iPhone 14 Plus ini terus rendah, Apple dijangka akan mengurangkan sasaran jualannya dalam beberapa minggu yang akan datang. Sasaran bagi model-model Pro pula bergantung sejauh mana permintaan dari pra-tempahan terus hangat di pasaran.iPhone 14 Pro Malaysia Price

Data-data yang dinyatakan oleh penganalisis ini adalah berdasarkan anggaran waktu menunggu model-model iPhone 14 baharu di beberapa pasaran utama. Beberapa minggu lalu Ming-Chi Kuo turut menerbitkan laporan yang lebih kurang sama berdasarkan pra-tempahan secara luar talian di China.

Siri iPhone 14 akan mula dibuka pra-tempahannya pada Jumaat ini, mula hadir ke pasaran bermula 23 September ini. Manakala iPhone 14 Plus pula akan bermula 7 Oktober ini.

Berkenaan iPhone 14 Pro, Kuo menyatakan:

“No doubt, the pre-order result for Pro models proves again that Apple still has numerous loyal and sticky customers amid the deteriorating economy, but it doesn’t mean Apple will increase orders of Pro models at once.”

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.