Home Mobile Telco Yoodo umumkan Pelan Data Tanpa Had boleh suai; Bermula dari RM35 dengan...

Yoodo umumkan Pelan Data Tanpa Had boleh suai; Bermula dari RM35 dengan Kelajuan Maksima 6Mbps

17
0

Sub-jenama Celcom, Yoodo hari ini telah mengumumkan pelan data mudah alih tanpa had yang tersendiri. Apa yang membezakan penawaran data tanpa had Yoodo adalah pengguna boleh mengubah suai pelan yang ditawarkan oleh Yoodo mengikut kesesuaian masing-masing.

Melalui kadar RM35 sebulan, pelan ini menawarkan kuota data tanpa had dengan kelajuan maksimum 3Mbps bersama-sama kuota hotspot percuma 2GB dan panggilan suara 50 minit percuma. Pengguna juga boleh memilih untuk mendapatkan data berkelajuan lebih tinggi 6Mbps dengan kadar bulanan RM43.

Bagi pengguna yang inginkan lebih kuota hotspot, anda boleh memilih 5GB dengan tambahan sebanyak RM20 sebulan atau 20GB dengan tambahan RM30. Pengguna juga diberi pilihan untuk menambah minit panggilan suara sehingga 2000 minit dengan tambahan sebanyak RM12 sebulan.

Tidak ketinggalan, pilihan SMS juga turut ditawarkan sehingga 300 mesej untuk tambahan RM12 sebulan. Turut ditawarkan pilihan data tambahan berkelajuan tinggi pada aplikasi-aplikasi khusus seperti Facebook, Instagram, Twitter, YouTube, WhatsApp, Netflix, Spotify, Astro GO, VIU, TikTok, Call of Duty: Mobile, PUBG Mobile dan banyak lagi.

Yoodo juga menawarkan data perayauan 2GB secara percuma pada kelajuan yang sama dipilih oleh pengguna pada pelan data tanpa had. Maklumat lanjut mengenai pelan data tanpa had terbaru Yoodo, layari laman web rasmi Yoodo untuk mendaftar.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.