Home Mobile Aplikasi Facebook Avatar kini di Malaysia

Facebook Avatar kini di Malaysia

44
0

Facebook hari ini telah mengumumkan fungsi Avatar kini ditawarkan kepada pengguna-penggunanya di Malaysia. Fungsi ini pada awalnya telah pun diperkenalkan di Australia pada Jun 2019.

Menerusi fungsi terbaru ini, pengguna kini boleh mewujudkan persona digital diri sendiri pada platform sosial media popular berkenaan.

Pengguna juga boleh mengubah rekaan tersuai yang telah dihasilkan dan berkongsikannya dengan kenalan masing-masing menerusi sticker di dalam ruangan komen, borak Messenger dan ‘Stories’.

Untuk menghasilkan avatar diri anda sendri, pergi ke bahagian menulis komen menerusi aplikasi Facebook, klik pada logo ‘smiley’ dan kemudian pergi ke tab sticker. Bahagian ‘Create Your Avatar’ akan muncul untuk anda memulakan proses rekaan anda.

Selain itu, anda juga boleh mewujudkan avatar menerusi aplikasi Messenger. Sokongan fungsi ini sudah pun ditawarkan pada kedua-dua versi Android dan iOS Facebook di Malaysia.

Kunjungi platform Facebook untuk mencuba fungsi terbaru ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.