Utama Telco YTL Yes Power 35 5G, Pelan Pascabayar dengan Data 100GB hanya RM35 sebulan

Yes Power 35 5G, Pelan Pascabayar dengan Data 100GB hanya RM35 sebulan

443
0
Yes Power 35 5G

Yes 5G telah mula menawarkan pelan pascabayar baharu yang menawarkan data sehingga 100GB pada harga mampu milik. Pelan berkenaan yang dikenali sebagai Yes Power 35 ini berharga dari RM35 sebulan dengan kuota data 100GB. Turut ditawarkan rebat waktu terhad untuk pelan yang lebih tinggi.

Pakej Yes Power 35 menyediakan kuota 100GB untuk data 4G dan 5G dengan kelajuan tanpa had. Had kuota data ini juga turut merangkumi peruntukan untuk hotspot pelan yang sama.Yes Power 35 5G Pelan Perbandingan

Menariknya, kuota hotspot yang besar ini juga lebih berbaloi jika dibandingkan dengan pelan Yes Infinite Basic yang berharga RM58 sebulan dengan kuota hotspot hanya sekadar 20GB sahaja. Pun begitu, data untuk kegunaan peranti mudah alihnya sahaja disediakan tanpa had kuota dan juga tanpa penetapan Polisi Penggunaan Saksama (FUP).

Pelan pascabayar Yes baharu ini juga turut menawarkan panggilan tanpa had, sama seperti semua pelan pascabayar Yes yang lain. Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Yes.

 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.