Digital Nasional Berhad (DNB) pada hari ini secara rasminya telah melancarkan kelompok pertama liputan 5G di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Cyberjaya.
Buat masa ini, hanya pelanggan Yes untuk pelan prabayar dan pascabayar terpilih sahaja yang boleh menikmati rangakain 5G tersebut. Pelanggan pascabayar Unifi Mobile pula dijangkakan akan menerima akses alam masa terdekat ini.
Bagi anda yang ingin mengetahui lokasi-lokasi yang menerima liputan 5G ini, semakan boleh dibuat melalui peta liputan di dalam web rasmi DNB. Setakat ini hampir 300 tapak 5G tersedia untuk diakses dan DNB sedang di dalam landasan yang betul untuk mencapai 500 tapak dalam tempoh beberapa minggu lagi.
Peta yang menggunakan data dari Ookla ini dilihat agak terperinci kerana turut merangkumi kawasan di dalam bangunan yang tidak menerima liputan. Turut didapati, rangkaian 5G DNB ini juga meliputi kawasan-kawasan selain Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Cyberjaya. Antara kawasan yang dimaksudkan:
- Petaling Jaya
- Bandar Utama
- Kota Damansara
- Kepong
- Dengkil
- Gombak
- Selayang
Ketika ini, peta berkenaan turut menyertakan lokasi yang masih diperingkat pemasangan. Cuma tidak diketahui kekerapan DNB untuk mengemaskini maklumat di dalam laman web berkenaan.