Realme 9i secara rasminya telah dilancarkan di pasaran Vietnam. Telefon yang dijual pada harga VND 6,490,000 (~RM1,216) ini hadir dengan dua pilihan warna iaitu Biru dan Hitam. Ia hanya menawarkan satu konfigurasi RAM dan ROM, 6/128GB.
Pun begitu, storan dan memorinya ini boleh diperluaskan melalui slot kad mikro SD dan RAM sehingga 5GB melalui perluasan RAM maya.
Menggunakan cipset 6nm Qualcomm Snapdragon 680, telefon Realme baharu ini menyediakan paparan LCD IPS FHD+ 6.6-inci. Kadar penyegaran semulanya ditawarkan dari 30Hz, 48Hz, 50Hz, 60Hz sehingga 90Hz.
Terdapat sebuah kamera swafoto 16MP pada hadapannya dan tetapan tri-kamera pada sebelah belakangnya. Kamera berkenaan mengandungi sebuah kamera utama 50MP f/1.8 bersudut lebar dan sepasang kamera makro 2MP masing-masing satu untuk makro dan satu lagi untuk monokrom.
Tidak ketinggalan, Realme 9i menggunakan antaramuka Realme UI 2.0 berasaskan Android 11. Ia juga hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan sehingga 33W.