Utama Microsoft Kemaskini Windows 11 buang ‘registry hack’ yang menghidupkan Start Menu Windows 10

Kemaskini Windows 11 buang ‘registry hack’ yang menghidupkan Start Menu Windows 10

1285
0

Microsoft telah membuang ‘registry hack’ di dalam binaan pratonton baharu Windows 11 yang membolehkan pengguna mengubah kembali ke Start Menu ‘Classic’ Windows 10.

Apabila binaan pratonton Windows 11 telah tertiris pada Jun lalu, salah satu perubahan besar dan kontroversi adalah melibatkan Start Menu terapung baharu yang diletakkan di tengah-tengah Taskbar.

Rekaan Start Menu baharu ini diambil dari Windows 10X yang dihentikan pembangunannya. Selain itu, rekaan antaramuka baharu dan ketiadaan Live Tiles juga diambil dari hasil pembangunan Windows 10X.

Bagi pengguna yang tidak berminat dengan Start Menu baharu pada Windows 11, anda boleh melakukan ‘registry hack’ dengan pada registry key (HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Explorer\Advanced).

Walaubagaimanapun, bermula sejak Khamis minggu lepas, Microsoft telah menerbitkan kemaskini Windows 11 build 22000.65 kepada Insiders di dalam saluran ‘Dev’ yang telah membuang fungsi mengubah Start Menu melalui registry key.

Kemaskini ini selain menyediakan kemaskini kumulatif turut membuang ‘registry hack’ yang membolehkan pengguna mengembalikan Start Menu Windows 10.

Tidak dipastikan sama ada Start Menu Windows 10 ‘Classic’ akan muncul semula di dalam Windows 11 di masa hadapan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.