Utama Mobile Aplikasi Aplikasi Penstriman Islamik Nurflix 2.0 akan dilancarkan pada 1 Muharram ini; Hadir...

Aplikasi Penstriman Islamik Nurflix 2.0 akan dilancarkan pada 1 Muharram ini; Hadir ke iOS dan Android

460
0

Nurflix hadir melalui kemaskini baharunya dan kali ini dikenali dengan nama Nurflix TV Goldfish di gedung aplikasi Android dan iOS.

Aplikasi video penstriman ini memfokuskan pada kandungan-kandungan islamik dan telah pun hadir menemui pengguna sejak dari tahun lepas.

Untuk kemaskini baharu ini, Nurflix Goldfish 2.0 menawarkan kandungan-kandungan baharu yang lebih segar melalui usahasama dengan penerbit kandungan dari Indonesia, Mesir, Qatar, Turki dan United Kingdom.

Sebanyak lebih dari 1,000 kandungan dijangka akan disediakan menjelang penghujung tahun ini melalui Nurflix TV Goldfish.

Selain dari penambahan bilangan kandungan, kemaskini baharu ini juga akan menjanjikan penggunaan yang lebih stabil dan lancar berbanding versi yang terdahulu.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.