Utama Microsoft Windows 10 secara rasminya tidak terima lagi Kemaskini Fitur akan datang dari...

Windows 10 secara rasminya tidak terima lagi Kemaskini Fitur akan datang dari Microsoft

222
0

Sejak Microsoft mengumumkan Windows 11, nasib sistem operasi popular Windows 10 hanya menunggu masa sahaja sebelum ia akan ditamatkan. Microsoft sentiasa mengekalkan pendirian membenarkan pengguna menggunakan Windows 10 tanpa sebarang masalah sehingga 14 Oktober 2025, tarikh sokongan rasminya ditamatkan.

Untuk ciri-ciri baharu sebagaimana yang diperkenalkan pada Windows 11 pula bagaimanapun Microsoft tidak akan diperkenalkan pada Windows 10 selepas ini. Versi terakhir Windows 10 22H2 dijadualkan akan menjadi versi terakhir yang menawarkan kemaskini fitur kerana selepas ini sokongan hanya ditawarkan dalam bentuk kemaskini keselamatan secara bulanan.

Pengguna Windows 10 dinasihatkan supaya menaik taraf ke versi 22H2 kerana versi sebelumnya iaitu 21H2 tidak akan disokong lagi selepas 13 Jun 2023. Versi lebih awal lagi 20H2 pula sememangnya sudah tidak disokong lagi.

Ini merupakan perkembangan terkini langkah penamatan Windows 10 dengan jualan lesennya sudah tidak lagi ditawarkan di dalam laman web Microsoft.

Sungguhpun Windows 11 kini sudah hampir dua tahun diperkenalkan, ia masih lagi ketinggalan dengan Windows 10 dari segi penguasaan pasaran pada ketika ini. Lebih kurang dua pertiga pengguna masih lagi setia menggunakan Windows 10.

Keperluan perkakasan yang tinggi ditetapkan oleh Microsoft merupakan salah satu sebab yang menghalang sebahagian pengguna untuk berhijrah ke Windows 11. Jika penetapan ini kekal tidak berubah, mungkin pengguna-pengguna Windows 10 yang terlibat perlu menaik taraf atau membeli komputer baharu jika ingin menggunakan PC dengan Windows 11.

Artikel sebelum iniWhatsApp perkenalkan ciri boleh log masuk ke 4 Telefon Pintar secara serentak untuk 1 akaun
Artikel seterusnyaSyarikat Telekomunikasi di Malaysia mula sekat penghantaran SMS dengan Pautan URL bermula 2 Mei ini
Penulis berpengalaman di dalam bidang teknologi maklumat selama 12 tahun dan kerap mengikuti perkembangan teknologi semasa baik di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.