Utama Mobile Aplikasi WhatsApp memudahkan pengguna Borak dengan Nombor Kenalan Baharu

WhatsApp memudahkan pengguna Borak dengan Nombor Kenalan Baharu

874
0
WhatsApp Icon Senget

WhatsApp dilihat sedang mengusahakan ciri baharu yang memudahkan pengguna memulakan borak (chat) dengan nombor baharu yang belum didaftarkan di dalam senarai kenalan untuk dihubungi di dalam telefon anda.

Ciri yang tidak lama lagi diperkenalkan ini akan membolehkan anda memulakan berborak dengan nombor baharu tersebut terus dari mana-mana kumpulan borak, menurut laporan WABetaInfo.

Buat masa ini, ketikan pada nombor telefon yang dihantar menerusi mana-mana sesi borak, WhatsApp akan membawakan pengguna terus ke aplikasi pendailan nombor telefon. Anda seterusnya boleh membuat panggilan terus ke nombor tersebut atau menyimpannya sebagai senarai kenalan di dalam telefon anda.WhatsApp Start Chat New Number

Kemudian, anda dapat melihat sama ada nombor berkenaan boleh dihubungi menerusi WhatsApp atau tidak. Selepas itu, barulah anda boleh memulakan borak menerusi WhatsApp jika nombor berkenaan boleh dihubungi dengan aplikasi permesejan berkenaan.

WABetaInfo menyatakan ciri ini ditawarkan pada nombor-nombor terpilih pengguna beta Android. Dijangkakan, ciri ini akan hadir menemui pengguna-pengguna lain secara umum dalam tempoh yang terdekat ini.

WhatsApp kebelakangan ini menawarkan sejumlah penambahbaikan besar seperti penambahan alatan fungsi baharu untuk permesejan bersuara. Platform ini juga sedang menguji had saiz fail perkongsian yang dinaikkan kepada 2GB bagi memudahkan pengguna berkongsikan bahan media. Bagaimanapun, peningkatan ini mungkin akan memberikan kesan terhadap kuota data Google Drive pengguna.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.