Apple pada bulan lepas telah dilaporkan sedang dalam usaha untuk memperkenalkan perkhidmatan melanggan iPhone. Kini, penganalisis popular di Bloomberg, Mark Gunman mempunyai maklumat lebih lanjut.
Perkembangan ini mungkin mengambil kira situasi pengguna iPhone yang kini tidak lagi menukar iPhone baharu setahun sekali seperti ketika awal pengelanannya dahulu. Kebanyakan pengguna secara puratanya menukar ke iPhone baharu setiap tiga tahun sekali.
Justeru, kemungkinan besar pengenalan pelan langganan ini mampu menarik minat pengguna untuk mendapatkan iPhone versi terkini.
Menurut Mark Gunman, Apple dijangka mungkin akan menawarkan langganan bagi tiga model iPhone 13 dengan harga seperti berikut:
- iPhone 13 – $35 (RM148)
- iPhone 13 Pro – $45 (~RM190)
- iPhone 13 Pro Max – $50 (RM210)
Pelan ini berbeza dengan pelan sewa-untuk-beli yang pernah diperkenalkan oleh Apple di beberapa buah negara sebelum ini. Untuk pelan ini, pengguna hanya akan menyewa sesebuah iPhone berkenaan dan perlu memulangkannya semula selepas langganan tersebut ditamatkan. Ia lebih mirip dengan kaedah melanggan Netflix, Spotify dan sebagainya, cuma ia hadir dalam bentuk peranti fizikal.