Utama Mobile Aplikasi WhatsApp tidak lama lagi akan membenarkan anda pindahkan Chat dari Android ke...

WhatsApp tidak lama lagi akan membenarkan anda pindahkan Chat dari Android ke iOS

528
0
WhatsApp Chat Migrate Android to iOS

WhatsApp dilaporkan sedang mengusahakan fungsi yang membolehkan anda memindahkan sejarah chat dari Android ke iOS, menurut WABetaInfo.

Fungsi ini pertama kali diketahui menerusi WhatsApp beta versi 22.2.74 untuk iOS. Ia juga dilihat mempunyai kaitan dengan beta versi 2.21.20.11 untuk Android.

Kedua-dua kemaskini berkenaan ini dijangka akan memindahkan chat WhatsApp dari Android ke iOS menggunakan aplikasi Move to IOS.

WABetaInfo juga berkongsikan sebilangan tangkapan layar yang menunjukkan fungsi berkenaan. Berdasarkan imej yang dikongsikan, didapati WhatsApp akan meminta kebenaran sebelum proses pemindahan dimulakan.

WhatsApp sebelum ini pernah membenarkan pengguna memindahkan sejarah chat dari iOS ke telefon Samsung pada September lalu. Fungsi berkenaan kemudiannya diperluaskan ke pemindahan dari iOS ke Google Pixel dan peranti Android 12 lain.

Membenarkan pengguna memindahkan chat dari Android ke iOS melengkapkan fungsi keseluruhan pemindahan ini. Setakat ini peranti apa yang akan menyokong serta masa ia akan diperkenalkan masih lagi belum diketahui.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.