Utama Apple iPhone 15 Pro dikatakan bakal hadir dengan lensa Periskop dengan Zum 5x

iPhone 15 Pro dikatakan bakal hadir dengan lensa Periskop dengan Zum 5x

1089
0
Lens iPhone 13

Dalam kebanyakan desas-desus memperkatakan mengenai iPhone keluaran tahun ini, terdapat juga segelintir yang memperkatakan mengenai iPhone 15 yang dijangka dilancarkan pada tahun depan.

Sebelum ini, penganalisis Jeff Pu mengatakan iPhone 15 Pro dan Pro Max mungkin hadir dnegan zum optikal 10x. Namun, selepas Ming-Chi Kuo, seorang lagi penganalisis terkenal mengatakan Apple mungkin akan memperkenalkan kamera periskop pada iPhone 15, beliau telah memperbetulkan jangkaan beliau.

Berdasarkan pendapat yang terkini, Apple dikatakan akan melengkapkan iPhone 15 Pro dan Pro Max dengan kamera zum 5x.

Kamera berkenaan juga akan menggunakan optik berperiskop, yang mana sebuah prisma membiaskan cahaya ke sensor pengimejan menerusi lensa yang disusun secara melintang, dan bukannya menegak. Melalui kaedah ini, pengeluar kamera akan mempunyai lebih ruang dan dapat mengelakkan telefon pintar dari mempunyai lensa zum yang terjojol keluar pada permukaan belakangnya.

Teknologi ini bukanlah sesuatu yang baharu memandangkan Huawei telah berjaya menggunakannya menerusi P30 Pro pada 2019. Malah, Samsung juga telah memperkenalkan teknologi tersebut setahun kemudian menerusi Galaxy S20 Ultra. Ia kemudian dipertingkatkan lagi ke zum optikal 10x menerusi Galaxy S21 Ultra.

Jika ramalan dari Jeff Pu ini benar-benar tepat, beerkemungkinan Apple akan memperkenalkannya seawal 2023 sebelum kehadiran iPhone 15 Pro dan Pro Max.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.