Bermula hari ini, 1 Januari 2021, pelanggan-pelanggan Astro dan NJOI tidak lagi boleh mengakses ke saluran-saluran Disney yang ditawarkan Astro sebelum ini. Saluran-saluran berkenaan termasuklah Disney Channel, Disney XD dan Disney Junior.

Sebagai pengganti, pelanggan Kids Pack atau KIDS30 untuk NJOI telah digantikan dengan Boomerang, Nick Jr. dan Cartoon Network HD. Dua saluran terbaru iaitu 617 dan 619 yang diperkenalkan ini telah mula ditayangkan sejak dari 15 Disember lalu.

Hari ini, saluran 612 (Disney XD), 613 (Disney Junior) dan 614 (Disney Channel) hanya memaparkan skrin notifikasi tanpa apa-apa rancangan ditayangkan.

Berdasarkan perkembangan di negara-negara lain, perkara ini membawa kemungkinan kemasukan perkhidmtan Disney+. Buat masa ini di rantau Asia Tenggara hanya Indonesia sahaja yang menerima perkhidmatan ini sejak dari Ogos lalu.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.