Utama Android Samsung WhatsApp benarkan pemindahan sejarah chat antara iOS dan Android

WhatsApp benarkan pemindahan sejarah chat antara iOS dan Android

699
0

WhatsApp kini telah menambah sokongan memindahkan sejarah sembang (chat history) dari iOS ke Android, termasuk nota suara, foto dan perbincangan.

Fungsi yang dinanti-nantikan ini diumumkan ketika acara Samsung Galaxy Unpacked apabila menerangkan berkenaan pemindahan dari iOS ke Galaxy Z Fold3 dan Z Flip3, serta telefon-telefon Samsung dalam beberapa minggu lagi.

Dijangkakan fungsi akan merangkumi segala pemindahan di dantara telefon iOS dan Android, cuma tidak diketahui bilakah ianya tersedia ke semua peranti.

Fungsi baharu ini diharapkan dapat mebantu memindahkan sejarah chat (chat history) antara sistem operasi mudah alih. Ini kerana sebelum ini jika anda memilih fungsi sandaran awanan WhatsApp, untuk iOS ia akan disimpan di iCloud, manakala Android pula pada Google Drive. Seterusnya, menyebabkan pengguna hanya boleh memindahkan sejarah chat antara telefon yang dari sistem operasi yang sama sahaja.

Fungsi pemindahan sejarah sembang ini menggunakan wayar Lightning ke USB-C dan tidak menggunakan internet. Bagaimanapun, jika anda pernah memindahkan antara iOS dan Android sebelum ini dan mempunyai dua sandaran awanan berbeza, pemindahan baharu ini tidak akan menggabungkan kedua-duanya ke dalam satu sejarah sembang.

WhatsApp menyatakan fungsi baharu ini membenarkan pemindahan dari iOS ke telefon boleh lipat Samsung baharu. Kemudiannya akan ke peranti Samsung yang menggunakan Android 10 dan ke atas dalam tempoh beberapa minggu lagi. Tidak diketahui bilakah fungsi ini ditawarkan ke peranti-peranti Android bukan Samsung atau pemindahan dari Android ke iOS.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.