Utama Telco Astro Pengguna Astro terima Saluran Filem dan K-Drama percuma sehingga 6 Februari ini

Pengguna Astro terima Saluran Filem dan K-Drama percuma sehingga 6 Februari ini

1004
0

Pelanggan Astro akan menikmati kesemua akses saluran filem dan Korea melalui TV dan juga aplikasi Astro Go bersempena kemenangannya di Putra Brand Awards 2021. Tawaran akses saluran secara percuma ini ditawarkan bermula dari 29 Januari sehingga 6 Februari 2022.

Berikut adalah saluran-saluran percuma yang ditawarkan sepanjang tempoh tersebut:

  • HBO HD (CH411)
  • HBO Family (CH414)
  • HBO Hits (CH415)
  • Hits Movies HD (CH401)
  • Cinemax HD (CH412)
  • Showcase Movies (CH413)
  • tvN Movies HD (CH416)
  • Citra HD (CH108)
  • Thangathirai (CH241)
  • BollyOne HD (CH251)
  • Celestial Movies HD (CH309)
  • Oh!K HD (CH394)
  • tvN HD (CH395)
  • BOO HD (CH404)
  • K-PLUS HD (Eksklusif Astro Go)

Bagaimanapun, pratonton percuma bagi saluran HBO HD, HBO Family, HBO Hits, Cinemax HD, dan Hits Movies HD hanya ditawarkan melalui saluran TB dan Astro Go sahaja tanpa rancangan atas permintaan (on-demand).

Selain itu, Astro turut menawarkan diskaun RM10 bagi pelanggan Go Shop bagi pembelian bernilai RM100 dan ke atas bermula dari 24 Januari hingga 6 Februari melalui kod promo:

  • PUTRATQ10

Pelbagai barangan boleh dipesan menerusi Go Shop seperti periuk nasi, telefon pintar, dan pelbagai barangan keperluan dapur lain.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.