WhatsApp sedang membangunkan sebilangan perubahan dalam meningkatkan antaramuka penggunanya. Selain itu, platform permesejan popular ini juga sedang bersedia untuk memperkenalkan fungsi yang membolehkan pentadbir (admin) kumpulan (group) WhatsApp memadamkan mesej pengguna lain di dalam kumpulan berkenaan.
Menurut WABetaInfo, beberapa penguji beta telah mempunyai fungsi berkenaan yang memberikan pentadbir lebih kawalan aktiviti pengguna di dalam kumpulannya. Fungsi berkenaan pertama kali diketemukan oleh WABetaInfo pada tahun lepas.
Fungsi berkenaan boleh diakses oleh pentadbir kumpulan WhatsApp pada chat yang ingin dipadamkan melalui pilihan “delete for everyone” yang muncul. Selepas chat tersebut dipadamkan, nama pengguna yang menghantar chat tersebut masih dipaparkan dengan notis yang memaklumkan telah dipadam oleh pentadbir turut dinyatakan.
Pentadbir-pentadbir kumpulan borak WhatsApp yang masih lagi belum menemukan fungsi baharu ini bagaimanapun perlu menunggu kemaskini terkini yang dijangka akan ditawarkan dalam tempoh terdekat ini.