Utama Mobile Aplikasi Barangan Import nilai rendah termasuk yang dibeli secara online akan dikenakan cukai...

Barangan Import nilai rendah termasuk yang dibeli secara online akan dikenakan cukai jualan 10% mulai 2023

503
0
Cukai Barangan Online 10 Peratus Malaysia 1 Jan 2023

Produk import bernilai rendah (LVG) yang dibeli secara dalam talian akan dikenakan cukai jualan yang dianggarkan sebanyak 10% berdasarkan rang undang-undang baharu (RUU) yang dibentangkan. Jika RUU ini diluluskan, ia dijangka akan mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2023.

Sebelum ini pembelian bagi barangan dari luar negara yang berharga kurang dari RM500 di dalam platform jual-beli dalam talian tidak akan dikenakan cukai.

Menurut Presiden Institut Percukaian Malaysia (CTIM), Chow Chee Yen ketika ditemui selepas majlis perasmian Persidangan Cukai Kebangsaan 2022 di Kuala Lumpur hari ini:

“Tujuan pelaksanaan cukai ini adalah untuk mewujudkan ‘padang yang sama rata’ untuk peniaga tempatan. Ini kerana jika anda membeli sama ada dari dalam atau luar negara selepas ini, kedua-duanya akan dikenakan cukai,”

Dua rang undang-undang (RUU) berkaitan cukai baharu tersebut ialah RUU Cukai Jualan (Pindaan) 2022 dan RUU Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2022 telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat oleh Kementerian Kewangan baru-baru ini.

RUU Cukai Jualan (Pindaan) 2022 yang telah dibuat bacaan kali pertama berkenaan bertujuan meminda Akta Cukai Jualan 2018. Ia bagi mengenakan cukai jualan ke atas LVG dijual secara dalam talian. Seksyen 11A baharu akan diwujudkan di bawah RUU tersebut yang akan mentakrifkan LVG sebagai ‘sebarang barangan atau kelas barangan yang ditetapkan di luar Malaysia yang dijual dan dibawa masuk ke Malaysia’.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Mohd Nizom Sairi memaklumkan kerajaan perlu memikirkan kaedah baharu untuk menarik pelabur asing ke dalam negara selain memberi keistimewaan pengecualian cukai.

Tambah beliau lagi, sebanyak 136 negara termasuk Malaysia telah bersetuju untuk melaksanakan kadar cukai minimum 15 peratus ke atas syarikat multinasional (MNC) di negara mereka beroperasi bermula tahun depan.

“Maksudnya, jika Malaysia masih memberi insentif pengecualian cukai kepada MNC ini, negara asal syarikat ini boleh mengenakan cukai 15 peratus kepada mereka yang mana sudah tentu merugikan kita. Maka, kita perlu fikirkan insentif dan cara lebih baik untuk menarik masuk pelabur asing selain hanya bergantung kepada pengecualian cukai,”

SUMBERBerita Harian
Artikel sebelum iniSamsung Galaxy Tab S6 Lite (2022) kini di Malaysia, Harga bermula dari RM1,499
Artikel seterusnyaWhatsApp kini perkenalkan fungsi boleh padam Mesej pengguna lain untuk Admin Group
Penulis berpengalaman di dalam bidang teknologi maklumat selama 12 tahun dan kerap mengikuti perkembangan teknologi semasa baik di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.