Utama Komputer Microsoft gantikan Pekerja Manusia di MSN dengan AI

Microsoft gantikan Pekerja Manusia di MSN dengan AI

540
0

Gergasi teknologi, Microsoft sedang melaksanakan pemberhentian kakitangan editorialnya di Microsoft News dan perkhidmatan MSN. Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha Microsoft ke arah penggunaan kecerdasan buatan (A.I.) di dalam bidang kurasi berita.

Pelaksanaan ini telah mengakibatkan 50 orang pekerja Microsoft di Amerika Syarikat dan sekitar 27 orang di United Kingdom akan diberhentikan.

Kakitangan-kakitangan editorial yang terlibat adalah sebahagian dari bahagian SANE (carian, pengiklanan, berita, Edge) Microsoft. Antara tugasan yang melibatkan kakitangan ini adalah mendapatkan berita-berita untuk dipaparkan pada aplikasi Microsoft News, laman MSN, dan pelayar Edge.

Pihak Microsoft turut menjelaskan pemberhentian pekerja ini bukan disebabkan oleh kesan dari wabak pandemik COVID-19.

Menurut jurucakap syarikat, tindakan pemberhentian ini merupakan sebahagian dari langkah penyusunan semula organisasi.

Ketika Microsoft News pertama kali diumumkan, Microsoft menyatakan terdapat seramai 800 penyunting bekerja dari 50 buah lokasi di seluruh dunia. Sungguhpun angka yang diberhentikan agak kecil jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan kakitangan, ianya memberikan isyarat bahawa AI mampu memikul kerja-kerja manusia.

Barangkali, masa untuk mesin mengambil alih kerja-kerja manusia lambat laun akan sampai juga satu ketika nanti.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.