Canalys baru-baru ini telah melaporkan jualan telefon pintar mengikut jenama di pasaran rantau Asia Tenggara bagi suku tahunan ke-4 2020. Data ini diambil dari seluruh negara Asia Tenggara meliputi Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, dan juga Vietnam

Menurut laporan, pengeluar telefon pintar Vivo dan Oppo berada di tempat teratas dengan penguasaan pasaran masing-masing 21%. Di tempat ketiga, Samsung menguasai pasaran telefon Asia Tenggara sebanyak 15%.

Pendatang baharu, Realme menguasai pegangan 13% di dalam pasaran Asia Tenggara dan seterusnya menghuni di tangga keempat. Seterusnya, di kedudukan kelima Xiaomi menguasai pasaran sebanyak 12%.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.