Orang ramai tidak dipaksa untuk mengambil suntikan vaksin pencegahan COVID-19. Namun mereka sama sekali tidak dibenarkan untuk berkempen menghalang program pemvaksinan ini kepada orang ramai.

Menurut Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba, pihak kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menolak vaksin termasuk kemungkinan mengenakan sekatan pergerakan.

Individu tersebut berkemungkinan akan dihadkan pergerakan mereka di luar rumah dan tidak membenarkan mereka memasuki preĀ­mis perniagan dan restoran berdasarkan Akta 342.

Program pemvaksinan COVID-19 merupakan harapan bagi rakyat Malaysia untuk memulihkan semula keadaan kesihatan dan ekonomi negara. Tanpa imuniti berkelompok melalui program vaksin, negara berdepan kesukaran dalam mengekang COVID-19.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.