Utama Telco TM Unifi Mobile Ultimate Plan tidak lagi tawarkan 5G pada Mac ini

Unifi Mobile Ultimate Plan tidak lagi tawarkan 5G pada Mac ini

408
0
UNI5G POSTPAID Baharu

Hujung Oktober 2022 lalu, TM telah mula menawarkan akses 5G kepada pelanggan Unifi Mobile. Pengguna pelan pascabayar syarikat telekomunikasi berkenaan boleh menerima akses 5G dengan mendapatkan pas tanpa had 5G melalui Ultimate Plan.

Pas akses ke rangkaian 5G berkenaan bagaimanapun tidak lagi ditawarkan bermula Mac ini, menurut halaman soalan lazim (FAQ) yang diterbitkan.

Penawaran baharu ini juga selari dengan pelan pascabayar UNI5G baharu yang diperkenalkan oleh TM baru-baru ini.Unifi UNI5G Value Plan

Untuk menggunakan 5G bermula dari Mac 2023 ini, pelanggan Unifi Mobile perlu melanggan mana-mana tiga pelan UNI5G baharu. Ini kerana pas tanpa had 5G untuk pelan Ultimate hanya sah sehingga hujung Februari 2023.

Bagi anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan data dan panggilan tanpa had, serta data hotspot 10GB yang sama seperti pelan Ultimate, anda perlu mendaftar dengan pelan UNI5G 89.unifi-uni5g-pelan bulan Februari 2023

Berbeza dengan UNI5G 89 sebelum ini, kadar SMS tidak lagi ditawarkan secara percuma. Sebaliknya pengguna akan dikenakan kadar 15 sen bagi setiap SMS.

Buat masa ini, TM masih lagi belum mendedahkan tarikh penawaran pelan UNI5G 89, bersama-sama UNI5G Suplementary 39 dan tambahan peranti untuk UNI5G 89.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.