Utama Perkakasan Canon Ulasan Canon PIXMA G3770 – Pencetak jimat untuk jangka masa panjang

Ulasan Canon PIXMA G3770 – Pencetak jimat untuk jangka masa panjang

383
0
Canon PIXMA G3770 Review

Sungguhpun pada ketika ini seringkali gagasan nirkertas (paperless) dilaung-laungkan, ada ketikanya cetakan di atas kertas masih lagi diperlukan. Atas sebab itu, permintaan untuk mesin pencetak masih lagi diperlukan walaupun untuk kegunaan di rumah.

Banyak pilihan yang menarik untuk mendapatkan pencetak kegunaan di ruma yang ditawarkan di pasaran pada ketika ini. Canon PIXMA G3770 merupakan salah satu daripadanya dan untuk kali ini kami berpeluang untuk membuat ulasan bagi pencetak tersebut.

Pencetak dengan pilihan warna merah seperti unit yang kami ulas di dalam artikel ini merupakan pencetak keluaran Canon yang mempunyai ciri berbilang fungsi selain daripada mencetak iaitu mengimbas dan membuat salinan.

Ia sememangnya pencetak yang versatil yang sesuai bagi pengguna biasa yang ingin membuat cetakan, salinan dan juga imbasan. Model untuk ulasan yang kami terima ini juga menyokong percetakan secara sambungan melalui Wi-Fi, menjadikan ia amat mudah untuk digunakan di pejabat-pejabat kecil dan di rumah.

Selain dari sokongan sambungan melalui Wi-Fi, Canon PIXMA G3770 juga menyediakan sokongan sambungan menggunakan kod QR. Anda boleh menyambungkan terus ke pencetak ini dari telefon pintar anda dengan mengimbas kod QR yang dijana melalui panel papan pemukanya.

Ia seterusnya membolehkan anda mencetak, menyalin atau mengimbas terus daripada telefon pintar anda menggunakan Canon PIXMA G3770.

Secara luarannya, pencetak berbilang fungsi ini mempunyai reka bentuk seperti kebanyakan pencetak yang sama jenis dengannya. Ia mempunyai dulang kertas A4, papan pemuka LCD mono, butang kawalan, bahagian pengimbas dengan penutup dan juga tangki khas untuk dakwatnya yang boleh diisi semula.

Fungsi-fungsinya selain dari mencetak seperti mengimbas dan menyalin boleh terus dilakukan menerusi panel papan pemuka yang disediakannya. Tetapan dan juga penyelenggaraan mesin pencetak ini boleh dibuat dengan memilih menu ‘Maintenance’ pada panel tersebut.

Tangki dakwat yang besar dan praktikal

Pada tangki dakwatnya nya ini juga mempunyai bahagian yang menjadi petunjuk baki simpanan dakwat yang terkandung di dalamnya. Anda boleh melihatnya dengan mata kasar anda sendiri tanpa perlu melihatnya melalui perisian pencetak berkenaan seperti sesetengah model.

Untuk membuat isian semula, anda hanya perlu mengangkat panel penutup ruangan dalamnya di mana tangkinya ditempatkan. Anda boleh kenal dengan keempat-empat tangki berkenaan yang dilabelkan dengan warna masing-masing cyan (biru), magenta (merah jambu), dan yellow (kuning) pada sebelah kanan serta warna hitam (black, bk) pada sebelah kiri.

Kelebihan utama pencetak ini juga terletak pada kos pemilikannya yang rendah. Pencetak berharga mampu milik bergantung pada katrij dakwat yang tidak mampu membuat cetakan yang banyak. Ia jimat jika bilangan anda cetak itu sedikit.

Namun, jika anda agak kerap mencetak terutamanya bagi pejabat kecil yang perniagaannya kian berkembang atau anak-anak yang semakin ramai dengan kerja sekolahnya semakin bertambah, maka katrij dengan sokongan tangki dakwat yang besar merupakan pembelian yang berbaloi.

Dalam pada masa yang sama, Canon turut menyediakan halaman kalkulator kos pemilikan untuk membantu pengguna membuat pengiraan pemilikan pencetak mengikut kadar penggunaan.

Jika dakwat pencetak (Canon GI-71) ini habis, anda boleh mengisikannya semula dengan mudah. Hanya angkat panel penyelenggaraan untuk membuka ruangan bahagian dalamnya. Pada bahagian belakangnya juga boleh dibuka untuk anda menggantikan katrijnya.

Kualiti

Cetakan

Cetakan berwarna yang dihasilkan oleh pencetak ini bukanlah paling berseri yang dihasilkan pada pengamatan saya. Warnanya kelihatan agak pudar dan terdapat kesan-kesan putih yang halus antara garisan-garisan cetakan berdasarkan hasil cetakan pada kertas A4 120gsm. Justeru, anda tidak boleh menjangkakan kualitinya seperti cetakan menggunakan laser jet.

Lagipun pada awalnya mungkin kami meletakkan harapan yang tinggi terhadap kualiti percetakan yang dihasilkan oleh Canon PIXMA G3770 ini. Diharapkan kualitinya cetakannya terutama untuk imej yang kompleks dapat dipertingkatkan pada model yang akan datang.

Seterusnya, untuk cetakan teks atau tulisan pula kualitinya dikira baik walaupun terdapat sedikit kesan-kesan berbintik pada bucu abjad jika dilihat dengan amat teliti. Mungkin tidak semua orang akan perasan tentangnya memandangkan teks yang dicetak olehnya masih lagi boleh dibaca dengan jelas.

Bagi kegunaan umum seperti pejabat-pejabat kecil atau rumah, terutamanya untuk mencetak kerja sekolah atau guru-guru, kualiti cetakan seperti ini sudah memadai. Ini kerana cetakan pada teks kelihatan jelas dengan warnanya yang memuaskan untuk cetakan imej-imej grafik ringkas bagi tujuan nota pembelajaran dan juga jadual.

Jika anda ingin membuat cetakan dupleks (depan-belakang), anda perlu membalikkan secara manual. Walaupun hasilnya anda masih boleh perolehinya, ia agak membazirkan masa.

Imbasan

Pengimbas permukaan rata pada bahagian atas Canon PIXMA G3770 ini menyokong pengumbasan sehingga 600 x 1200 dpi yang menjana imej beresolusi 7015 x 4960 pada pra-tetapan imbasan bersaiz A4. Kualitinya baik walaupun terdapat sedikit berbintik jika dizumkan dengan amat dekat.

Contoh imbasan lukisan menggunakan Canon PIXMA G3770

Untuk mengimbasnya, anda boleh terus menggunakan fungsi tersebut melalui menu ‘scan’ pada panel papan pemukanya. Secara lalai (default), imbasan akan dibuat dalam format PDF dan akan terus menyimpan ke dalam peranti yang berhubungan dengannya.

Canon IJ Scan Utility
Aplikasi Canon IJ Scan Utility

Anda juga boleh membuat imbasan dalam format selain dari PDF, iaitu JPG, TIFF dan PNG dengan menggunakan aplikasi ‘IJ Scan Utility’ yang dipasang dengan memuat turunnya melalui laman web rasmi Canon.

Imbasan pencetak ini juga menyokong teknologi Pengecaman Karakter Optikal (Optical Character Recognition, OCR) untuk memudahkan penyediaan dokumen-dokumen PDF. Bagaimanapun, ia tidak mempunyai suapan dokumen automatik (automatik document feeder, ADF) yang kebiasaannya digunakan bagi mempercepatkan proses dokumen-dokumen berbilang muka surat.

Lain-lain

Papan pemuka LED monokrom yang disediakan pada Canon PIXMA G3770 ini agak kecil dan mungkin tidak begitu mesra pada sesetengah pengguna. Pengendaliannya dapat dilakukan dengan lancar walaupun apa yang dipaparkannya agak terhad disebabkan oleh faktor saiznya. Namun, setidaknya ia lebih baik daripada panel paparan 7 segmen (7-segmen display) seperti yang terdapat pada mesin basuh atau ketuhar gelombang mikro.

Spesifikasi Canon PIXMA G3770

Berdasarkan spesifikasi penuh di laman web rasmi Canon Malaysia.

Suapan Kertas
Saiz kertas yang disokongA4, A5, A6, B5, Letter, Legal, Executive,
Oficio2, B-Oficio, M-Oficio,
Legal (India), Foolscap, F4,
4 x 6″, 5 x 7″, 7 x 10″, 8 x 10″,
Envelopes (DL, COM10, C5, Monarch),
Square (89 x 89 mm, 127 x 127 mm),
Card Size (91 x 55 mm)
Jenis kertas yang disokongPlain Paper (64-105 gsm)
High Resolution Paper (HR-101N)
Photo Paper Plus Glossy II (PP-201, PP-208)
Photo Paper Plus Semi-Gloss (SG-201)
Photo Paper Pro Luster (LU-101)
Matte Photo Paper (MP-101)
Double-Sided Matte Photo Paper (MP-101D)
Envelope
Photo Stickers (PS-208, PS-808)
Kapasiti dulang kertasMaksimum. 100 (64 gsm plain paper)
Percetakan dan Penyalinan
Jenis dakwat/katrijCanon GI-71 (disertakan bersama di dalam kotak)
Canon GI-71S
Katrij selenggaraan: Canon MC-G04
Penghasilan muka suratCanon GI-71
B/W: 6,000 (mod Economy 7,600)
Color: 7,700 (mod Economy 8,100)
Canon GI-71S
B/W: 3,100 (mod Economy 3,900)
Warna: 4,400 (mod Economy 4,600)
*Resolusi percetakan berkurangan di dalam mod Economy
Kelajuan mencetakB/W: 11 ipm
Warna: 6 ipm
Percetakan dupleksTidak disokong
Resolusi percetakan maksimum4800 x 1200 dpi
Pengimbasan
Jenis pengimbas & UkuranFlatbed
Max. 216 x 297 mm (A4, LTR)
Resolusi optikal600 x 1200 dpi
Kedalaman Bit ImbasanB/W: 16-bit / 8-bit
Warna: 16-bit / 8-bit
Kelajuan ImbasanB/W: 1.5ms/baris (mod 300 dpi)
Warna: 3.5ms/baris (mod 300 dpi)
Am
WarnaHitam, Merah, dan Putih
Mod SambunganUSB 2.0
2.4GHz Wi-Fi (menyokong WPA3)
Wi-Fi Direct
Paparan papan pemukaLCD monokrom 1.35-inci
HingarCetakan B / W 48.5 dB(A) pada A4
Ada Quiet Mode
Kitaran tugasanMaksimum. 3,000 muka surat / bulan
Sistem operasi yang disokongWindows 7 SP1 dan ke atas
macOS Mojave 10.14.6 dan ke atas
ChromeOS
Ukuran416 x 337 x 177 mm
Berat6 kg

Kesimpulan

Pada harga RM809, kos permulaan bagi pencetak ini dianggap berbaloi untuk pencetak berasaskan dakwat jet dengan tangki. Kelebihan utamanya terletak pada kos mengendalikannya yang amat rendah.

Untuk satu set dakwat GI-71, anda boleh mencetak sehingga 8,000 muka surat yang bersamaan 10 muka surat setiap hari untuk selama dua tahun berterusan. Harga set dakwatnya juga murah iaitu dari RM41 sebotol untuk set warna, dan RM51 untuk warna hitam.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.