Utama Pencetak Canon Canon Marketing Malaysia Umum Pelantikan Ketua Pusat Penyelesaian Pengimejan Perniagaan Baharu

Canon Marketing Malaysia Umum Pelantikan Ketua Pusat Penyelesaian Pengimejan Perniagaan Baharu

115
0

SHAH ALAM, 3 Mac 2025 – Canon Marketing (Malaysia) Sdn Bhd (“Canon”) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Vincent Low sebagai Ketua Pusat Penyelesaian Pengimejan Perniagaan (BIS) baharu, berkuat kuasa serta-merta. 

Vincent menggantikan Jeffrey Kung, yang telah menerajui syarikat itu dengan penuh dedikasi. Beliau membawa pengalaman luas yang diperoleh daripada perkhidmatannya di Canon Singapura, Vincent sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Pengarah Kanan Perniagaan Perusahaan, di mana beliau menggalas tanggungjawab memimpin pembangunan jualan dan pemasaran untuk Penyelesaian Pengimejan Perniagaan. 

Vincent, seorang graduan Universiti Nasional Singapura dengan Ijazah Sarjana Muda Sains, memulakan kerjayanya di Fuji Xerox sebagai Pengurus Akaun Utama, khusus dalam jualan mesin fotokopi warna digital, latihan, dan khidmat nasihat pengguna akhir. 

Sejak menyertai Canon pada tahun 2015, Vincent telah memegang beberapa jawatan kepimpinan utama, termasuk Ketua Penyelesaian Pengimejan Perniagaan (BIS) di Canon Singapura, sebelum meluaskan skop beliau untuk menyelia kedua-dua Bahagian Jualan BIS dan Kejuruteraan Pemasaran. Dengan pengalaman industri selama lebih 30 tahun, beliau mempunyai rekod pencapaian yang terbukti dalam pelaksanaan jualan strategik, perkembangan pasaran, dan kerjasama dengan pemegang taruh, memastikan kejayaan di semua sasaran pasaran dan industri.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Canon Marketing Malaysia, Masato Yoshiie ketika mengulas mengenai pelantikan ini berkata, “Kami dengan sukacitanya mengalu-alukan pelantikan Vincent Low sebagai Ketua Pusat Penyelesaian Pengimejan Perniagaan yang baharu. Pengalaman luas dan pandangan strategik beliau sememangnya sangat berharga untuk mengukuhkan kedudukan Canon dalam sektor pengimejan digital dan penyelesaian perniagaan; kami yakin bahawa Canon akan terus berinovasi dan memperkasakan perniagaan untuk berkembang maju dalam era transformasi digital ini.”

“Saya dengan berbesar hati memikul tanggungjawab baharu ini dan terus memacu komitmen Canon ke arah kecemerlangan dalam penyelesaian pengimejan perniagaan. Tatkala perniagaan mengharungi arus digitalisasi dan persekitaran kerja hibrid, saya akan terus bekerjasama rapat dengan rakan dan pelanggan kami bagi menyediakan penyelesaian yang dapat meningkatkan kecekapan dan produktiviti,” ujar Vincent Kow.

Berpegang teguh kepada falsafah kepimpinannya, “Yakin, Cemerlang, Iktiraf,” Vincent menekankan tentang kepentingan untuk memperkasakan pasukan, berusaha ke arah kecemerlangan dan mengiktiraf pencapaian. Pelantikan beliau selari dengan komitmen Canon untuk menyampaikan penyelesaian berkualiti tinggi yang memenuhi PKS, pelanggan korporat, dan rakan perniagaan yang sentiasa berkembang dalam landskap perniagaan yang semakin dinamik. 

Canon mengalu-alukan pelantikan Vincent ke jawatan terbarunya dan berharap kepimpinan beliau dapat memacu Pusat Penyelesaian Pengimejan Perniagaan ke arah kecemerlangan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.