Utama Mobile Telco U Mobile lancarkan Pelan Prabayar Tanpa Had sedia 5G serendah RM20

U Mobile lancarkan Pelan Prabayar Tanpa Had sedia 5G serendah RM20

843
0

U Mobile pada hari ini telah mengumumkan plean Prabayar Tanpa Had sedia 5G yang baharu melalui U25 dan U35. Kedua-dua pelan berkenaan ditawarkan pada harga masing-masing RM25 dan RM35 sebulan.

Pelan U25 yang kini ditawarkan pada harga RM20 sebulan hadir dengan kelajuan 3Mbps dengan Polisi Penggunaan Saksama (FUP) 30GB sebulan. Untuk anda yang inginkan pelan yang berkelajuan tinggi sedikit, U35 menawarkan kelajuan 6Mbps dan mempunyai had FUP sehingga 100GB.

Sebaik sahaja pengguna mencecah FUP masing-masing, kelajuan akan dihadkan kepada 512kbps dengan tiada had kuota ditetapkan pada kelajuan tersebut.

Pun begitu, tiada peruntukkan data hotspot untuk pelan U25 sungguhpun pelan U35 menyediakan kuota 3GB untuk sambungan hotspot melalui telefon pintar.

Seperkara lagi yang menarik dengna pelan Prabayar Tanpa Had U Mobile ini adalah pelanggan turut disediakan dengan Speed Boost selama 1 jam yang boleh ditebus menerusi aplikasi MyUMobile pada setiap hari.

Sebaik diaktifkan, had kelajuan 3Mbps dan 6Mbps mengikut pelan masing-masing akan dimatikan selama satu jam. Namun, kuota penggunaan FUP bulanan masih lagi sama dalam tempoh tersebut.

U Mobile juga mengehadkan penggunaan secara peer-to-peer (P2P) pada 64kbps sahaja. Selain itu, U Mobile turut memaklumkan pelan baharu ini sedia untuk digunakan di dalam rangkaian 5G sungguhpun syarikat telekomunikasi berkenaan masih lagi belum mendapat akses ke rangkaian 5G nasional. Buat masa ini, U Mobile sedang menunggu maklumbalas kerajaan mengenai penetapan kaedah pelaksanaan rangkaian 5G negara.

Untuk panggilan suara pula, pelan U Mobile Unlimited menawarkan kuota panggilan tanpa had.

Maklumat lanjut mengenai pelan baharu dari U Mobile ini, layari: https://www.u.com.my/en/personal/mobile-plans/prepaid/u-prepaid

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.