Utama Mobile Aplikasi Shopee, Jalan Petaling, Bukalapak, Tokopedia turut dimasukkan ke “Notorious List” Kerajaan AS

Shopee, Jalan Petaling, Bukalapak, Tokopedia turut dimasukkan ke “Notorious List” Kerajaan AS

508
0

Selain menyenaraikan platform e-dagang dari China seperti AliExpress dan WeChat, agensi kerajaan Amerika Syarikat, US Trade Representative (USTR) turut menyenaraikan beberapa buah platform dari Asia lain seperti Bukalapak, Tokopedia dan Shopee ke dalam “Notorious List.”

Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan pada 17 Februari lalu, USTR menyebut perdagangan produk palsu dan cetak rompak ini menjejaskan daya inovasi dan kreativiti, serta mengancam pekerja-pekerja Amerika Syarikat.

Wakilnya, Katherine Tai turut menyatakan perdagangan ini juga menyalahgunakan golongan rentan sebagai tenaga kerja penghasilan produk tersebut.

Penggunaan barangan cetak rompak juga boleh meningkatkan risiko kesihatan dan keselamatan pengguna dan pekerja di seluruh dunia, tambah beliau lagi.

Sebaranyak 42 platform dalam talian dan 35 gedung fizikal disenaraikan ke dalam laporan oleh USTR tersebut. Antara 35 gedung fizikal yang dilaporkan, Jalan Petaling di Malaysia turut dimasukkan ke dalam senarai berkenaan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.