Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Samsung giat mempertontonkan teknologi paparan mikroLED termasuk melakukan demontrasi yang dinamakan sebagai The Wall.

Kini, teknologi paparan terbaru ini bakal ditawarkan kepada pengguna harian biasa dan akan memasuki pasaran Malaysia pada Mei ini.

Sungguhpun menggunakan asas teknologi yang sama, terdapat sedikit perbezaan antara yang digunakan pada The Wall dengan yang ditawarkan untuk kegunaan umum.

Untuk The Wall, saiznya boleh diperluaskan sehingga 292-inci kerana boleh dicantumkan paparannya yang dihasilkan secara modular. Manakala untuk kegunaan umum pula, ianya didatangkan dalam satu saiz paparan yang telah ditetapkan.

Samsung Malaysia memaklumkan model 110-inci menawarkan resolusi paparan sehingga 4K. Pun begitu, untuk model 99-inci pula, resolusi maksimum yang dicapainya adalah sehingga 8K. Untuk harganya, model 110-inci, harganya adalah RM 599,999, manakala untuk model 99-inci, harganya adalah sedikit murah iaitu RM 519,999 sahaja.

TV Samsung mikroLED baharu keluaran 2021 akan mula dijual menerusi laman rasmi Samsung Malaysia bermula Mei ini. Pembelian akan mengambil masa 6 hingga 8 minggu untuk disiapkan kerana TV ini akan dibuat berdasarkan tempahan yang diterima.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.