Antara punca utama mengapa sesetengah pengguna Android dan iOS ‘terperangkap’ di dalam platform masing-masing adalah disebabkan oleh WhatsApp. Hal ini di disebabkan oleh aplikasi permesejan popular ini tidak membenarkan pengguna untuk memindahkan sejarah chat antara kedua-dua platform.

WABetaInfo melaporkan terdapat kemungkinan sokongan untuk fungsi pemindahan ini akan disediakan tidak berapa lama lagi.

Berdasarkan apa yang telah dikongsikan, laman web berkenaan telah menunjukkan kaedah pemindahan sejarah chat WhatsApp dari iOS ke Android. Tidak dapat dipastikan sama ada sokongan pemindahan dari Android ke iOS juga akan disediakan kelak.

Untuk membolehkan pemindahan ini berlaku, aplikasi WhatsApp pada kedua-dua platform perlu dikemaskini ke versi yang paling terkini. Setakat ini tidak dinyatakan bilakah fungsi ini akan diluncurkan kepada khalayak.

Fungsi ini jika berjaya dilaksanakan dijangka dapat membantu menyelesaikan masalah migrasi antara platform yang membelenggu sebahagian pengguna.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.