Utama Teknologi TNB cadang Tarif Khas untuk Pelombong Kriptowang diperkenalkan

TNB cadang Tarif Khas untuk Pelombong Kriptowang diperkenalkan

998
0
TNB tarif khas perlombongan bitcoin
Imej dari Free Malaysia Today

Tenaga Nasional Berhad (TNB) inginkan langkah yang lebih tegas diambil terhadap penyalahgunaan bekalan elektrik untuk kegunaan perlombongan kriptowang. Atas sebab itu, syarikat utiliti ini berhasrat untuk mengenakan tarif khas untuk kegiatan tersebut dengan cadangan tersebut telah pun dikemukakan kepada Suruhanjaya Tenaga untuk disahkan.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, Baharin Din menyatakan sambungan elektrik secara haram untuk kegunaan perlombongan kripto pertama kali diketemukan pada 2018 dengan sebanyak 610 kes dilaporkan.

Bagaimanapun, angka tersebut terus meningkat kepada 3,090 kes pada 2021 dengan seramai 528 individu telah ditahan. Pelbagai peralatan dan barangan yang berkaitan bernilai RM54 juta turut disita atas kesalahan tersebut.

Menerusi Ops Power yang dijalankan baru-baru ini, pihak berkuasa telah berjaya melumpuhkan sebanyak 998 premis perlombongan Bitcoin milik sindiket. Kegiatan sindiket ini dilakukan dengan turut melibatkan aktiviti merasuah juruteknik TNB dan mengakibatkan kerugian berjumlah RM2.3 billion sejak 2018.

Selain itu, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut bertindak membekukan sejumlah 126 akaun dengan nilai keseluruhan berjumlah sehingga RM4.47 juta. Usaha sama pelbagai pihak di seluruh negara ini juga turut merampas 1,157 mesin melombong kripto berjumlah RM2.3 juta.

Kriptowang bukanlah mata wang sah diperakukan di Malaysia, namun tindakan membuat sambungan elektrik secara haram untuk kegiatan perlombongan kripto ini mendedahkan risiko seperti kebakaran dan gangguan bekalan elektrik terhadap penduduk di sekitar aktiviti tersebut dijalankan.

Pada bulan lepas, Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB, Wan Nazmy Wan Mahmood memaklumkan aktiviti melombong kriptowang memerlukan pihak yang terlibat membuat permohonan kepada TNB terlebih dahulu kerana kegiatan tersebut dikategorikan sebagai aktiviti komersil.

Imej dari Free Malaysia Today

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.