Utama Telco Celcom Celcom perkenalkan pelan Pascabayar baharu; Data 10GB & Data YouTube Tanpa Had...

Celcom perkenalkan pelan Pascabayar baharu; Data 10GB & Data YouTube Tanpa Had berharga RM40 sebulan

971
0

Celcom telah memperkenalkan pelan Xpax Postpaid 40 dan 60, menggantikan pelan Pascabayar XP Lite bermula 1 Mac 2022. Ciri mengikut kesesuaian pada pelan sebelum ini telah digantikan dengan dua pilihan yang lebih mudah.

Pelan pascabayar Xpax baharu ini juga menawarkan lebih data berbanding sebelumnya, disamping mengekalkan data tanpa had bagi aplikasi sosial popular.

Pilihan pascabayar paling murah ditawarkan Celcom pada ketika ini adalah Xpax Postpaid 40 yang menawarkan data berkelajuan tinggi 10GB dan panggilan tanpa ke seluruh rangkaian di Malaysia. Ia juga menawarkan penggunaan tanpa had bagi aplikasi YouTube, Facebook dan Instagram dengan kelajuan yang dihadkan pada 3Mbps sahaja.

Bagi pengguna yang inginkan lebih data, Xpax Postpaid 60 menawarkan data berkelajuan tingg 20GB dan panggilan tanpa had. Penggunaan aplikasi YouTube, Facebook dan Instagram juga ditawarkan tanpa had kuota, namun kelajuannya hanya terhad pada 6Mbps sahaja.

FUP untuk pelan Celcom Xpax Postpaid

Menurut laman soalan lazimnya, data “tanpa had” untuk penggunaan YouTube, Facebook dan Instagram didatangkan dengan Polisi Penggunaan Saksama (FUP) sebanyak 150GB sebulan. Sebaik sahaja penggunaan mencecah had FUP, kelajuan akan dikurangkan kepada 1.5Mbps bagi kuota 100GB berikutnya sebelum ia dikurangkan lagi kepada 512kbps.

Melalui had kelajuan 3Mbps bagi pelan Xpax Postpaid 40, Celcom menyatakan pengguna dapat menonton pada kualiti SD (480p). Manakala bagi pelan berharga RM60 pula, penonton boleh menikmati pada kualiti HD (720p). Penggunaan SMS pula bagaimanapun tidak disertakan di dalam pelan ini dan caj penghantaran RM0.20 akan dikenakan bagi setiap SMS.

Secara keseluruhannya, pelan baharu ini menawarkan lebih data berbanding sebelumnya. Selain itu, pelan baharu ini juga tidak menawarkan Ultra Hour Pass 1-jam secara harian.

Jika anda merupakan pelanggan XP Lite Postpaid semasa, anda masih lagi boleh kekal dengan pelan anda. Untuk bertukar ke pelan pascabayar Xpax baharu, anda boleh melakukan “Change of Rate Plan” di Celcom eStore.

Pelanggan yang berpindah masuk (port-in) ke Xpax Postpaid 60 dari syarikat telekomunikasi lain akan menerima rebat sebanyak RM30 (RM5 x 6 bulan.

Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.celcom.com.my/personal/postpaid#xpaxpostpaid

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.