Utama Mobile Aplikasi Countdown Sudah Bermula: TikTok Shop Raikan Ulang Tahun Ke-2 dengan ‘TikTok Shop...

Countdown Sudah Bermula: TikTok Shop Raikan Ulang Tahun Ke-2 dengan ‘TikTok Shop 6.6 Countdown’ yang Mengujakan!

336
0

KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 15 Mei 2024 – TikTok Shop yang diperkenalkan sebagai platform kepada perniagaan, usahawan dan pencipta konten tempatan untuk merealisasikan potensi penuh mereka, meraikan pencapaian dua tahunnya dengan menyumbang kembali kepada komuniti Malaysia dan memberi ganjaran kepada pembeli-belah setianya.

Sambutan itu membuka tirai dengan kempen ‘TikTok Shop 6.6 Countdown’ mulai hari ini hingga 2 Jun 2024, diikuti dengan acara kemuncak ‘TikTok Shop 6.6 Birthday Fiesta’ dari 3 hingga 7 Jun 2024. Pengguna boleh menantikan pelbagai kandungan menarik seperti ‘Category Peak Days’, ‘Crazy Friday’, ‘Payday’, ‘Super Creator Days’ dan ‘Brand Weekends’ yang kesemuanya menjanjikan pengalaman beli-belah yang mengujakan dan menghiburkan!

“Kami di TikTok Shop amat terinspirasi untuk menyaksikan bagaimana rakyat Malaysia telah menyambut ‘shoppertainment’ dengan menyatupadukan kandungan dengan perniagaan untuk melonjakkan jenama mereka ke aras baharu. Kami amat menghargai segala sokongan daripada rakan kongsi, jenama, perniagaan kecil dan pembeli-belah kami yang telah menaruh kepercayaan kepada kami untuk membina jejak dan kehadiran digital mereka. Kami akan kekal komited untuk memperkasakan komuniti perniagaan dan pembeli-belah Malaysia, serta menawarkan pengalaman beli-belah yang positif, selamat dan memuaskan untuk penjual dan pembeli-belah kami,” kongsi Ketua Komunikasi Pemasaran TikTok Shop Malaysia, Nur Aisya binti Rosly. 

Kempen ‘TikTok Shop 6.6 Countdown’

Kempen ‘TikTok Shop 6.6 Countdown’ yang berlangsung dari 13 Mei hingga 2 Jun pasti akan memberi pengguna lebih alasan untuk membeli-belah di platform itu! Tidak kiralah membeli-belah untuk barangan keperluan harian, fesyen, kecantikan atau gaya hidup, pasti ada sesuatu untuk setiap anda.

Untuk tiga minggu berikutnya, pembeli-belah boleh menantikan pelbagai baucar hebat untuk ‘Category Days’ dan ‘Brand Weekends’ dari jam 8 pagi hingga 8 malam. Ini termasuk diskaun RM5 untuk perbelanjaan minimum RM50, diskaun 50% untuk produk tanpa perbelanjaan minimum yang dihadkan pada RM10, serta diskaun RM15 untuk perbelanjaan minimum RM100. 

Melalui baucar ‘Birthday Hour’ yang akan ditawarkan dari jam 8 malam hingga 12 pagi, pembeli-belah boleh menikmati potongan sebanyak RM200 dan RM600 masing-masing dengan perbelanjaan minimum RM600 dan RM1,000.

Selain itu, TikTok Shop akan menampilkan jenama-jenama daripada kategori produk yang berbeza setiap minggu serta memberi tumpuan khusus kepada item yang paling popular dan laris dalam kategori berkenaan[U2] . Bermula dari sekarang hingga 16 Mei, dan pada 20 Mei, tumpuan akan diberikan kepada Fesyen dan Kecantikan. Sementara itu, peminat produk teknologi boleh menantikan tawaran hebat dari 21 hingga 23 Mei, manakala penggemar barangan gaya hidup boleh menandakan kalendar mereka untuk promosi dari 28 hingga 30 Mei!

Dua Jumaat dalam tempoh kempen akan disambut sebagai ‘Crazy Friday’ (17 dan 24 Mei) manakala ‘May Payday’ akan menawarkan jualan kilat dan tawaran masa terhad untuk produk terpilih. Jenama-jenama yang mengambil bahagian seperti Skintific, Garnier, Pink Flash, Emajie, Focallure, DC Cloud, Skinmade, Mewah dan The Raw akan memberi pelbagai tawaran eksklusif kepada pelanggan.

 Untuk ‘Brand Weekends’ pula, jenama-jenama terpilih seperti Jovian RTW, Naelofar, Grace and Glow dan lebih banyak lagi akan memberi tawaran eksklusif pada lima tingkat harga istimewa, iaitu RM6.60, RM16.60, RM26.60, RM36.60 dan RM46.60, bermula dengan jenama fesyen & kecantikan dan diikuti dengan barangan teknologi serta gaya hidup.

Semua tawaran hebat ini akan menanti pembeli-belah di TikTok Shop hanya melalui aplikasi TikTok bagi menjamin proses yang lancar daripada pencarian sehingga pembelian. Melalui ‘Shop Tab’, pelanggan boleh mendapatkan barangan yang diingini dengan mudah pada bila-bila masa. Menerusi kempen sedemikian, TikTok Shop boleh menyumbang kembali kepada komuniti serta memberi lebih peluang kepada jenama-jenama untuk merealisasikan potensi maksimum mereka.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.