
Tidur diluar waktu kebiasaan manusia moden hari ini sering dianggap tabiat yang boleh mengganggu produktiviti seseorang. Namun, kini pakar sejarah kini bersetuju bahawa manusia secara semulajadinya memiliki corak tidur dua fasa (bi-phasic). Sebelum kemunculan penggunaan cahaya elektrik, manusia dahulu kala masuk tidur agak awal iaitu tidak lama selepas matahari terbenam. Mereka kemudiannya akan bangun pada tengah malam untuk memasak, beribadat, berborak sesama anggota keluarga atau bagi suami isteri pula, mereka akan menggunakan kesempatan ini untuk membuat bayi bersama-sama.
Tidur pada waktu selain dari tengah malam bukanlah menandakan seseorang itu pemalas. Ia adalah sebahagian daripada fitrah manusia yang memerlukan rehat secukupnya. Seseorang yang cukup rehatnya mampu meningkatkan produktiviti hidupnya. Pada zaman kegemilangan tamadun Islam, budaya tidur siang bukanlah sesuatu yang dianggap negatif. Ia amat popular di kalangan masyarakat yang tinggal di sekitar Laut Mediterranean. Orang Sepanyol sehingga kini masih lagi mengekalkan budaya ini dan menggelarkannya sebagai ‘siesta’.
Malah, tidur sebentar di siang hari adalah sebahagian dari sunnah Rasulullah S.A.W. Imam Al Ghazali di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’ pernah menyebutkan, “Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor.” Sudah pasti, tidur pada waktu siang itu tidak boleh diamalkan secara berlebihan. Memadai sekadar menghilangkan penat dan rasa mengantuk kita.
Menurut Wikipedia pula, jenis-jenis tidur dibahagikan kepada 5 corak. Corak tidur kebiasaan manusia modern adalah fasa tunggal (monophasic). Manakala waktu tidur lebih dari sekali dalam sehari juga dikenali sebagai poli-fasa (poly phasic) dibahagikan kepada empat bahagian iaitu, biphasic, Everyman, Dymaxion dan Uberman.
Corak tidur poli fasa ini digunakan oleh sesetengah individu untuk meningkatkan daya produktiviti mereka. Paling menonjol adalah salah seorang pengasas WordPress, Matt Mullenweg yang sudi berkongsi teknik tidur paling berkesan untuk produktiviti apabila ditemuramah oleh pengarang Tim Ferris.
Beliau telah membahagikan waktu tidur beliau kepada 6 bahagian pada setiap hari. Setiap kali beliau tidur, beliau meluangkan masa hanya sekitar 40 minit sahaja untuk setiap fasa tidur beliau.

Hasil dari jadual tidur yang diluar dari kebiasaan kehidupan moden itu, Matt Mullenweg telah berjaya membantu syarikat induk WordPress, Automattic menjadi syarikat bernilai berbillion dollar seperti hari ini.
Beliau sendiri turut mengakui sepanjang tempoh beliau mengamalkan jadual tidur yang ketat itu beliau telah menjadi seorang yang amat produktif. “This was probably one of the most productive periods of my life. I wrote WordPress in that time,” ujar beliau dalam satu wawancara.
Oleh itu, jika korang melihat aku tidur di siang hari. Janganlah cepat-cepat menuduh aku ini seorang yang pemalas. Sebenarnya itu adalah cara meningkatkan produktiviti dengan tidur siang.
Cukup tidur, cukup rehat, InsyaAllah prestasi kerja pun mantap.
tidur di siang hari selepas zohor sekejap baik utk kesihatan n xmenyamai syaitan tapi xdigalakn tidur selepas asar kerana dikhuatiri akn jadi pelupa….
Mmg tak hairan org dulu2 banyak anak… sbb siap ada waktu utk buat bayi dgn tenang hehee… Menarik info ni.. sgt informatif. T kasih atas perkongsian.. 🙂
Waktu siang bukannya tidur tapi cuma rehat badan dan otak dalam 20minit.
Kalau terlebih sampai lena memang badan cepat letih.
Okayh nak tido jap..hehe
Zaman sekarang, pola masa untuk tidur dah jauh lari dari sunnah Rasulullah s.a.w.
bolehlah saya tidur 6 kali sehari lepas ni
saya selalu yg monophasic tu.. tp smntara dah x keje lagi, dapat la tidur lama sikit… so, cukup la tidur skali je… hehe
Badan manusia ni kalo tak cukup tido, mmg mcm2 penyakit akn datang lepas tu, dan immune system yg dah low sebab stress tak cukup tido tu tak dapat nak lawan penyakit tu. So bab tido ni mmg tak boleh ambil ringan, rehat kna cukup, baru kerja jd berkualiti.
According to our studies, we only could find people who are able to adopt a scheme of dream polifasico following one of the variants of the Everyman method, especially in those versions that have the lowest number of NAPs and more sleep concentrated in lower activity in circadian rhythms