Home Komputer Microsoft mula singkirkan Control Panel di dalam Windows 10

Microsoft mula singkirkan Control Panel di dalam Windows 10

Selamat tinggal kawanku. Tak mudah engkau pergi.

24
0

Control Panel sudah berada di dalam sistem operasi Windows sejak sekian lama dan menjadi tempat utama bagi pengguna yang ingin mencari segala tetapan di dalam PC.

Microsoft bagaimanapun tetap dengan pendirian untuk membawakan perubahan kaedah menguruskan tetapan ke aplikasi Settings di dalam Windows 10.

Sebelum ini Microsoft cuba mengalihkan paparan antaramuka Control Panel dengan tujuan membiasakan pengguna dengan aplikasi Settings.

Namun, kefungsian ini masih lagi mendapat sokongan tegar dari pengguna veteran Windows yang masih tetap dengan Control Panel. Bagi kumpulan pengguna ini, Control Panel dianggap sudah sempurna dan tidak memerlukan sebarang perubahan padanya.

Bagaimanapun, bermula sejak kemaskini terkini October 2020, sesetengah pengguna yang klik pada halaman System pada Control Panel, pengguna akan dihalakan terus ke aplikasi Settings Windows 10.

Menurut laporan dari Windows Latest, Microsoft juga menyekat pintasan dari properties dan aplikasi pihak ketiga untuk mengakses ke halaman System.

Secara keseluruhannya, aplikasi Settings baharu ini bukanlah tiada sebarang kelebihan langsung. Ianya lebih mesra dengan penggunaan melalui peranti skrin sesentuh selain dengan reka bentuk yang lebih moden. Cuma, bagi sesetengah pengguna Windows tegar, sesuatu yang tidak rosak dan elok digunakan tidak perlu untuk dibaiki.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.