Utama Perkakasan Gigabyte Gigabyte dedahkan kad grafik bawah Jenama Aorus, GTX 1080 Xtreme Edition

Gigabyte dedahkan kad grafik bawah Jenama Aorus, GTX 1080 Xtreme Edition

925
0

Gigabyte baru-baru ini telah mendedahkan kad grafik di bawah jenama Aorus, GeForce GTX 1080 Xtreme Edition. Menariknya, ia merupakan kad grafik pertama yang dihasilkan menggunakan jenama Aorus.

Dari segi rupa fizikalnya, kad grafik Aorus GTX 1080 Xtreme Edition saling tak tumpah seperti kad grafik Gigabyte GTX 1080 Xtreme Gaming. Baik dari segi warna, saiz, labuhan penyambungan serta komponen penyejukan. Kedua-duanya hanya dibezakan pada kelajuan klok masing-masing sahaja.

Kad grafik Aorus GTX 1080 Xtreme Edition akan hadir dengan kelajuan klok asas 1784MHz dan apabila dipertingkatkan ia mampu mencapai 1936MHz. Laju sikit dari kad grafik Gigabyte GTX 1080 Xtreme Gaming. Tidak dapat dipastikan sama ada Gigabyte akan menggunakan jenama Aorus ini bagi melancarkan kad-kad grafik berprestasi tinggi pada masa akan datang.

Perbezaan lain yang terdapat pada kad grafik ini berbanding model ‘kembar’ Gigabyte adalah pada plat belakangnya yang mana Aorus menggunakan kuprum pada bahagian berkenaan.

Sehingga kini, masih lagi tiada berita berkenaan harga atau tarikh kehadirannya ke pasaran umum dimaklumkan secara rasmi.

Sumber berita diperoleh dari PC Gamer

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.