Home Google Storan Tanpa Had Imej, Video Google Photos tamat Jun 2021

Storan Tanpa Had Imej, Video Google Photos tamat Jun 2021

15
0

Untuk bertahun-tahun lamanya, pengguna-pengguna Google telah menikmati khidmat sandaran fail foto dan video secara percuma melalui Google Photos. Bagaimanapun, perkhidmatan bakal ditamatkan pada pertengahan tahun hadapan.

Melalui pengumuman oleh Timbalan Presiden Google Photos, Encik Shimrit Ben-Yair, foto dan video baharu yang dimuat naik ke Google Photos bermula 1 Jun 2021 akan menjadi sebahagian dari storan percuma 15GB bagi setiap akaun. Perubahan ini juga turut merangkumi penambahan ruangan storan yang dibeli menerusi Google One.

Walaubagaimanapun, pengguna telefon pintar Pixel 1 hingga Pixel 5 masih boleh menikmati sandaran foto dan video tanpa had di Google Photos selepas 1 Jun 2021.

Bagi foto dan video sedia ada yang telah dimuat naik dari kini hingga 31 Mei 2021 tidak akan terkesan dengan perubahan terbaru ini.

Perkhidmatan Google One menawarkan pelan 100GB adalah pada harga RM 8.49 sebulan, manakala untuk pelan 200GB dan 2TB pula boleh didapati pada harga masing-masing RM11.99 dan RM42.99 sebulan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.