Home Apple Apple M1, cipset khusus pertama untuk Mac; Tampilkan CPU 8-Teras

Apple M1, cipset khusus pertama untuk Mac; Tampilkan CPU 8-Teras

15
0

Jun lalu Apple mengumumkan produk-produk Mac akan mula menggunakan pemprosesan hasilan sendiri menggantikan pemprosesan Intel. Kini, sebagaimana yang dijanjikan Apple telah mendedahkan Apple M1 selaku pemprosesan pertama di bawah keluarga Apple Silicon.

Dibina menggunakan teknologi proses pembuatan 5nm, CEO Apple Encik Tim Cook merujuk M1 sebagai pemproses paling berkuasa yang pernah Apple hasilkan setakat ini. Beliau turut menyatakan M1 adalah cipset pertama yang dikhususkan untuk Mac yang mengandungi 18 billion transistor.

Cip ini turut mengandungi 8-teras CPU yang merangkumi empat teras berprestasi tinggi bersama-sama empat lagi teras yang berorientasikan kecekapan tenaga. Selain itu, M1 juga mempunya 8-teras GPU berserta 16-teras Neural Engine yang menjadi pemangkin keupayaan pembelajaran mesin cip berkenaan.

Sungguhpun Apple tidak mendedahkan kelajuan klok sebenar M1, pihak syarikat mendakwa teras CPU cip merupakan yang terpantas di kalangan cip berkuasa rendah. M1 didakwa mampu menawarkan kepantasan 2x untuk CPU dan GPU, serta 15x lebih pantas untuk pembelajaran mesin berbanding cip Intel Core.

Menurut Apple, senibina memori disatukan M1 merupakan faktor utama yang membolehkannya mengeluarkan output berprestasi tinggi. Tidak ketinggalan, cip ini turut didatangkan bersama pemprosesan bersama Secure Enclave yang menyediakan perlindungan keselamatan berasaskan perkakasan untuk Mac.

Kehadiran M1 ini juga membolehkan aplikasi-aplikasi iPhone dan iPad dijalankan secara terus pada Mac. Cip terbaru ini bakal digunakan buat julung kalinya pada MacBook Air, MacBook Pro 13-inci dan Mac mini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.