Utama Komputer Panduan mendapatkan Menu Start Windows 7 ke dalam Windows 10 dengan Classic...

Panduan mendapatkan Menu Start Windows 7 ke dalam Windows 10 dengan Classic Shell

986
0

Bukan semua orang sukakan perubahan dan menu Start di dalam Windows 10 turut sama tidak terkecuali di dalam hal ini. Oleh itu, terdapat beberapa perisian untuk mengembalikannya semula. Antara perisiannya yang terbaik adalah Classic Shell yang boleh dimuat turun secara percuma di sini.

Citarasa antaramuka pengguna untuk sistem operasi adalah berbeza untuk setiap individu. Namun, bila sesuatu itu sudah menjadi kelaziman, sebarang perubahan yang drastik tentunya akan mendapat penentangan dari sekelompok pengguna sistem operasi berkenaan. Ibaratnya, kalau kereta Proton tu, untuk model baru yang akan datang tiba-tiba je pedal minyak belah kiri, pedal brek belah kanan. Memang boleh jadi eksiden bila memandunya.

Untuk itu, kita mulakan panduan penggunaan Classic Shell ini dengan memasang terus fail exe yang anda boleh muat turun di dalam laman web rasminya. Kalau boleh cuba lakukan pemasangan perisian berkenaan dengan klik kanan pada fail tersebut untuk ‘Run as Administrator’ untuk mengelakkan tetingkap UAC (User Account Control) Windows muncul.

Sebaik sahaja proses instalasi selesai, satu tetingkap rayuan bantuan derma kepada pembangun perisian berkenaan akan dipaparkan. Terpulang kepada anda sama ada ingin lakukan derma atau tidak dan seterusnya pada tetingkap itu tadi, klik butang Finish.

Kemudian, tetingkap tetapan bagi perisian ini akan muncul dengan menyediakan tiga pilihan menu Start.Classic-Shell

Tekan butang OK dan anda boleh cuba melihat perubahan yang telah dilakukannya dengan menekan butang menu Start desktop anda.Classic-Shell2

Jika anda ingin mendapatkan semula tetingkap tetapan itu tadi, anda boleh melakukannya dengan klik kanan pada butang menu Start dan pilih Settings.

Melalui tetingkap Settings ini anda juga boleh memilih sama ada ingin menggunakan butang menu Start gaya Windows XP melalui pilihan Classic Style atau Windows Vista pada Classic with two columns.

Bagi anda yang pernah memasang perisian menu Start lain daripada yang saya terangkan di atas, sudi-sudikanlah berkongsi dengan kami melalui ruangan komen di bawah.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.