Utama Mobile Android Samsung Galaxy C5 dengan paparan 5.2 inci, RAM 4GB, kerangka logam nipis

Samsung Galaxy C5 dengan paparan 5.2 inci, RAM 4GB, kerangka logam nipis

701
0

Samsung telah mengumumkan Galaxy C5 untuk pasaran China. Ini merupakan perkembangan terkini konglomerat elektronik dari Korea Selatan ini untuk meraih tempat dalam pasaran negara yang berkependudukan lebih dari 1 billion berkenaan.

Dianggap sebagai saingan kepada iPhone, telefon pintar ini dilengkapi dengan ciri-ciri premium seperti paparan 5.2-inch 1080p Super AMOLED, pemprosesan lapan-teras Snapdragon 617 SoC dan dioperasikan oleh Android 6.0.1 (Marshmallow).

Pada bahagian kamera, ia dilengkapi dengan kamera 16 megapiksel untuk kamera belakang berserta LED flash dan untuk kamera hadapannya pula, disediakan kamera 8 megapiksel.

Telefon pintar ini hadir dengan kelebihan dwi-kad SIM hibrid, yang mana slot SIM kedua boleh digunakan juga sebagai slot tambahan untuk kad mikro SD yang mampu menyokong storan maksima hingga 128 GB.Samsung-Galaxy-C5a

Antara ciri menarik lain yang disediakan khusus untuk Galaxy C5 ini adalah butang ‘Home’ nya turut dilengkapi dengan sensor cap jari untuk tambahan ciri keselamatan untuk peranti ini.

Telefon pintar ini bakal dijual pada harga 2199 yuan (bersamaan RM1378.86) untuk versi storan dalaman 32 GB dan 2399 yuan (bersamaan RM1502.34) untuk versi storan dalaman 64 GB. Jualan bermula pada 6 Jun ini dan kini beberapa laman web jualan atas talian di China sudah pun dimulakan.

Berikut adalah senarai spesifikasi untuk telefon pintar berkenaan;

Samsung Galaxy C5

Paparan: 5.2-inch (1080p) Super AMOLED
Pemprosesan: Octa-Core Snapdragon 617 processor with Adreno 405 GPU
Memori: 4GB RAM
Storan: 32GB / 64GB
Sistem Operasi: Android 6.0.1 Marshmallow
Kamera: Kamera belakang 16MP dengan dual-tone LED flash, f/1.9 aperture; kamera depan 8MP, f/1.9 aperture
Dimensi: 145.9x72x6.7mm
Berat: 143g
Sambungan: 4G LTE, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n, Bluetooth 4.2, GPS, NFC
Bateri: 2600mAh

Sumber berita diperoleh dari N4BB

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.