Utama Telco Astro Sooka dilaporkan akan menawarkan Dongel TV Android

Sooka dilaporkan akan menawarkan Dongel TV Android

291
0

Platform penstriman video Sooka dilaporkan akan hadir dengan dongel TV Android sendirinya. Sooka merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Astro kepada pengguna yang ingin menikmati kandungan tempatan seperti Astro Originals dan perlawanan bola sepak antarabangsa dan tempatan tanpa perlu melanggan Astro.

Menurut laporan dari portal berita Amanz, dongel yang dinamakan sebagai Sooka TV ini akan menggunakan pemprosesan empat teras Broadcom BCM72181 2.6 GHz dengan RAM 2GB. Ia juga menyediakan sokongan DRM Widevine L1 dan Codec AV1 yang bertujuan menjimatkan penggunaan data ketika penstriman.Sooka-Android-TV VIP TV Plan

Selain menyokong Bluetooth 5.2 bagi kemudahan sambungan alat kawalan jauh dan pembesar suara, dongel ini juga menyokong Chromecast dan Google Assistant bagi memudahkan pengendaliannya.

Dongel ini juga dikatakan dibangunkan oleh syarikat yang berpangkala di Taiwan, Prime dan setakat ini tidak diketahui bilakah Sooka TV ini akan diperkenalkan kepada pengguna.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.