Utama Telco Maxis SKMM kenakan kompaun berjumlah RM3.7 juta kepada Maxis, U Mobile, TV3 &...

SKMM kenakan kompaun berjumlah RM3.7 juta kepada Maxis, U Mobile, TV3 & Bernama pada Suku Pertama 2021

170
0

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mengeluarkan sebanyak 77 kompaun sepanjang suku pertama 2021. Sebanyak empat organisasi telah direkodkan menerima kompaun berkenaan.

Maxis telah dikenakan sebanyak 67 kompaun dengan jumlah sebanyak RM3.25 juta kerana tidak mematuhi Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Penomboran) 2016.

Syarikat telekomunikasi berkenaan juga dikehendaki membayar sebanyak RM50,000 kerana kegagalan mematuhi Garis Panduan Prabayar bagi pendaftaran pengguna akhir.

Sebanyak tujuh kompaun lagi telah dikenakan terhadap U Mobile atas kesalahan yang sama dengan melibatkan jumlah sebanyak RM350,000.Kompaun SKMM Maxis U Mobile

Suruhanjaya berkenaan juga telah mengeluarkan kompaun kepada TV3 (disenaraikan sebagai Sistem Televisyen Malaysia Berhad) dan Bernama kerana melanggar Seksyen 206 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kedua-dua penyiar terbabit telah dikenakan satu kompaun dengan masing-masing dikenakan sebanyak RM40,000 dan RM20,000. Berdasarkan keterangan di dalam senarai, kesalahan yang dilakukan adalah disebabkan oleh kegagalan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan untuk mematuhi syarat-syarat lesen.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.