Utama Komputer Sistem Operasi Ubuntu gagal capai sasaran 200 juta pengguna hujung 2015

Sistem Operasi Ubuntu gagal capai sasaran 200 juta pengguna hujung 2015

874
1
Sistem Operasi Ubuntu

Empat tahun lalu, Mark Shuttleworth pengasas sistem operasi Ubuntu mensasarkan pengguna sistem operasi berkenaan akan mencecah kepada seramai 200 juta pengguna menjelang tahun 2015. Malangnya, empat tahun sudah berlalu dan sasaran yang diletakkan oleh Ubuntu dilihat terlalu jauh untuk dicapai.

Ubuntu merupakan sistem operasi yang dihasilkan khusus untuk kegunaan komputer peribadi dan telefon pintar. Sasaran 200 juta pengguna merupakan satu pencapaian yang terlalu sukar untuk diperoleh Ubuntu memandangkan rekod pengguna sistem operasi Ubuntu sekarang ini adalah sekitar 10 juta pengguna sahaja.

Apa yang lebih menyukarkan Ubuntu untuk mendapatkan angka sebenar jumlah penggunanya adalah ia jarang diedarkan bersama-sama produk-produk komputer seperti laptop dan desktop di pasaran. Malah, syarikat induk Ubuntu, Canonical turut menghadapi masalah untuk memberikan statistik rasmi berkenaan jumlah sebenar pengguna sistem operasi tersebut.

Bagaimanapun, perangkaan tidak rasmi menjangkakan sistem operasi Ubuntu masih belum lagi melepasi angka 100 juta pengguna. Angka ini turut melibatkan instalasi pada desktop dan telefon pintar. Sinar harapan untuk Ubuntu masih lagi wujud pada tahun ini dengan pengenalan terhadap Ubuntu Touch, yang turut dimuatkan di dalam salah satu variasi khas Meizu MX4.

Selain itu, Ubuntu kini mengalihkan tumpuannya terhadap pasaran peranti mudah alih dan IoT (Internet of Things). Perubahan ini diharapkan mampu menjadi pemangkin kepada Ubuntu untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkannya empat tahun lalu.

Sumber berita diperoleh dari Phoronix

1 komen

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.