Utama Mobile Aplikasi WeChat dikehendaki Kongsi Data Peribadi Penggunanya dengan Kerajaan China

WeChat dikehendaki Kongsi Data Peribadi Penggunanya dengan Kerajaan China

558
0

Aplikasi permesejan sosial yang popular dikalangan remaja dan pencari skandal, Wechat kini telah mengesahkan bahawa data-data peribadi penggunaannya dikongsikan dengan pihak kerajaan China. Perkembangan ini tentunya mencetuskan kebimbangan di kalangan pengguna yang mementingkan soal privasi.

Menurut laporan dari laman portal teknologi The Next Web, perkara ini telah diketahui melalui notis privasi aplikasi WeChat yang baru sahaja dikemaskinikan. Antara yang terkandung di dalam terma berkenaan, aplikasi tersebut akan mendedahkan maklumat peribadi pengguna seperti nama, maklumat kenalan, alamat emel dan juga lokasi jika pengguna menetapkan untuk berkongsi lokasi semasa dengan aplikasi tesebut.

Notis privasi yang menyentuh soal data peribadi pengguna menyatakannya seperti berikut;

“We may be required to retain, preserve or disclose your Personal Information for a longer period of time:

  • in order to comply with a court order, subpoena or other legal process;
  • in response to a request by a government authority, law enforcement agency or similar body (whether situated in your jurisdiction or elsewhere);
  • where we believe it is reasonably necessary to comply with applicable laws or regulations; or
  • in order to enforce the WeChat Terms of Service or this Privacy Policy, protect our rights, property or safety, or the rights, property or safety of our affiliate companies or other users of WeChat

Permintaan dari Kerajaan China kepada pembangun aplikasi WeChat, Tencent ini sudah tidak dielakkan lagi memandangkan dasar negara China yang terlalu ketat dalam mengawal selia internet. Perkhidmatan media sosial lain seperti Facebook dan Whatsapp masih lagi tidak dibenarkan di China.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.