Masalah permission seperti ini bukannya selalu berlaku, namun ianya boleh terjadi disebabkan oleh serangan malware. Kadangkala, ia juga boleh disebabkan oleh masalah pada rangkaian setempat komputer berkenaan. Terdapat juga keadaan yang mana anda boleh hilang permissions dan ownership fail-fail anda sendiri.
Contoh keadaan yang boleh berlaku – Anda mungkin ingin mengakses ke fail dari pengguna lain pada PC yang sama. Tetapi, fail berkenaan tidak boleh dibuka atau disunting disebabkan masalah permission dan ownership itu tadi.
Masalah ini boleh diselesaikan melalui tab ‘Security’ dari ‘Properties’ fail berkenaan (cara membukanya adalah dengan klik kanan > ‘Properties’ > Pergi ke tab ‘Security’). Bahagian ini akan menguruskan kebenaran untuk melakukan membaca, menulis, menyunting dan memadam (read, write, edit, delete). Ia juga dikhususkan mengikut pengguna-pengguna. Untuk melakukannya, anda perlu membuka kebenaran pentadbir (administration rights) terlebih dahulu.
Seterusnya, pada tab ‘Security’ itu tadi, klik pada butang ‘Edit’. Jika nama pengguna PC yang anda sedang gunakan tiada, anda boleh menambahkannya disini.
Jika fail berkenaan masih lagi tidak boleh diakses, tutup tetingkap dialog tadi dan klik pada butang ‘Advanced’ pada bahagian bawah tab ‘Security’ fail tersebut.
Tetingkap yang dibuka akan memaparkan permission-permission fail yang ada pada masa itu, pengguna-pengguna (users) yang diberikan akses-akses tertentu berserta tahap-tahap akses. Anda boleh menambah pengguna (user) dan pentadbir (Administrators) pada bahagian ini berserta tahap-tahap kebenaran yang boleh dilakukan.
Cara ini boleh juga digunakan pada folder-folder yang menempatkan pelbagai jenis fail yang mempunyai masalah permission ini. Cuma anda perlu pastikan untuk menanda pada kotak Replace all child object permission entries with inheritable permission entries from this object.
Salam Khamis.Menyinggah bila ada kelapangan. Tq berkongsi ilmu yer