Syarikat-syarikat teknologi hari ini sedang giat membangunkan teknologi bateri yang tahan lebih lama dan yang terkini, Sony turut sama dalam merealisasikan kewujudan bateri yang dapat tahan lebih lama.
Menurut Nikkei, Sony dilaporkan sedang membangunkan bateri terbaru berasaskan sebatian sulfur yang mampu menghasilkan lebih 40 peratus cas berbanding teknologi bateri lithium sekarang ini. Selain itu, bateri terbaru ini dikatakan mampu memberikan hayat tenaga bateri yang sama dengan bateri lithium dengan saiz fizikal yang 30 peratus lebih kecil.
Secara ringkasnya, peranti seperti Apple iPhone 6s yang dilengkapi dengan bateri Sony terbaru ini mampu menawarkan tenaga tambahan sebanyak 4 jam bagi penggunaan melayari laman web.
Walaupun elektrod akan melarut di dalam elektrolit lebih pantas pada setiap kitaran bateri berasaskan sulfur, Sony telah mampu mengatasi permasalahan ini dengan menformulasikan semula larutan elektrolit bateri berkenaan.
Penghasilan bateri dengan teknologi terbaru ini memungkinkan rekaan telefon pintar lebih nipis yang pada masa sama dapat bertahan lebih lama jam penggunaannya. Bagaimanapun, pengguna masih perlu untuk menunggu sehingga tahun 2020 sebelum bateri dengan teknologi sulfur terbaru ini hadir ke pasaran.
Selain dari Sony, syarikat-syarikat teknologi seperti Apple turut menunjukkan minat membangunkan teknologi bateri melalui usaha sama dengan syarikat Britain, Intelligent Energy untuk menghasilkan bateri berasaskan hidrogen. Jika ia dapat direalisasikan, penggunaan iPhone dengan bateri berkenaan mampu bertahan selama
–Sumber berita diperoleh dari Nikkei