Gergasi elektronik, Samsung Electronics Co Ltd akan mula membuat cip untuk Advanced Micro Devices (AMD) Inc bermula tahun hadapan lapor akhbar Korea Selatan, Electronic Times semalam.
Menurut laporan berkenaan, perusahaan faundri Samsung dan Globalfoundries akan mula menjalinkan usahasama menghasilkan cip pemprosesan pusat (CPU) dan cip pemprosesan grafik (GPU) untuk AMD tahun depan dengan menggunakan teknologi 14 nanometer.
Samsung kini sedang berusaha untuk meningkatkan jalinan rangkaian rakan niaga untuk perusahaan pembuatan komponennya. Usaha ini perlu dilakukan untuk mengatasi masalah kemerosotan hasil jualan yang sedang dihadapi oleh bahagian jualan telefon pintarnya. Buat masa ini, Samsung sudah pun mula menghasilkan cip-cip pemprosesan untuk syarikat-syarikat seperti Apple dan Nvidia.
Buat masa ini Samsung Electronics dan AMD masih belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkenaan hal usahasama ini.
-Sumber berita diperoleh dari Engadget
kemerosotan penjualan talipon pintar? apa maksudnya tu…
Sori, typo error. Sepatutnya, kemerosotan hasil jualan telefon pintar. Sekarang ni, hasil jualan telefon pintar Samsung sudah tidak selumayan dahulu sebab saingan dari telefon-telefon pintar dari China yang dijual murah.